AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

KKR terbitkan video penjelasan berkenaan penutupan FT2747

97

KUALA LUMPUR 15 April 2023 – Kementerian Kerja Raya (KKR) pada hari ini telah menerbitkan video penjelasan mengapa laluan FT2747 di Gua Musang, Kelantan ditutup.

Menurut KKR di dalam satu hantaran di Facebook rasminya, pelaksanaan Projek LTU subpakej 3BC dan 3D telah turut melibatkan pembinaan di atas laluan sedia ada FT2747.

“Untuk makluman, pada masa sekarang aktiviti pembinaan sedang giat dilaksanakan dan telah memasuki laluan sedia ada di FT2747 yang telah bermula sejak Disember 2022 (dari simpang hospital sehingga jambatan Taman Damar, Gua Musang, Kelantan) dan pada 19 Januari 2023, sebahagian laluan FT2747 telahpun ditutup sehala bagi memberi laluan kepada aktiviti pembinaan. Antara kerja-kerja yang terlibat adalah menaiktaraf jalan sedia ada yang turut melibatkan kerja-kerja cerucuk jambatan.

Sehubungan dengan itu, setelah mengambilkira dan mempertimbangkan kepentingan serta keselamatan awam, sebahagian FT2747 akan ditutup sehingga 31 Disember 2024.

Penutupan ini adalah bagi menyuraikan kesesakan trafik serta meningkatkan aspek keselamatan dimana ianya dapat mengurangkan risiko kemalangan di lokasi pembinaan semasa musim perayaan. Keadaan lokasi pembinaan dengan penutupan sehala pada ketika ini agak sempit dan agak berbahaya untuk dilalui.” jelas KKR.

Tambah KKR, memandangkan pembinaan Projek LTU subpakej 3BC dan 3D yang melalui laluan sediada FT2747, satu jalan alternatif di FT08 (lama) telah disediakan lebih awal bagi tujuan melencongkan kenderaan.

“Jalan tersebut telah dinaiktaraf melalui pelebaran jalan dari simpang Kampung Pulai ke simpang IPD Gua Musang yang telah diambilkira dalam skop projek LTU. Jalan altenatif ini telah pun siap dilebarkan pada 14 Disember 2021 dan sedia untuk digunakan.

Bagi memastikan kelancaran trafik, JKR telah menyediakan Pelan Pengurusan Trafik yang lengkap sebagai panduan kepada pengguna jalan raya. Adalah diharapkan agar semua pengguna jalan raya mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan. Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan.” ujar KKR.

Selain di Facebook, video tersebut turut boleh ditonton di halaman media sosial KKR lain seperti di bawah :

Twitter

Instagram

TikTok

@kementeriankerjaraya

Pelaksanaan Projek LTU subpakej 3BC dan 3D turut melibatkan pembinaan di atas laluan sedia ada FT2747. Aktiviti pembinaan sedang giat dilaksanakan dan telah memasuki laluan sedia ada di FT2747 yang telah bermula sejak Disember 2022 (dari simpang hospital sehingga jambatan Taman Damar, Gua Musang, Kelantan) dan pada 19 Januari 2023, sebahagian laluan FT2747 telahpun ditutup sehala bagi memberi laluan kepada aktiviti pembinaan. Antara kerja-kerja yang terlibat adalah menaiktaraf jalan sedia ada yang turut melibatkan kerja-kerja cerucuk jambatan. Sehubungan dengan itu, setelah mengambilkira dan mempertimbangkan kepentingan serta keselamatan awam, sebahagian FT2747 akan ditutup sehingga 31 Disember 2024. Penutupan ini adalah bagi menyuraikan kesesakan trafik serta meningkatkan aspek keselamatan dimana ianya dapat mengurangkan risiko kemalangan di lokasi pembinaan semasa musim perayaan. 5Keadaan lokasi pembinaan dengan penutupan sehala pada ketika ini agak sempit dan agak berbahaya untuk dilalui.

♬ Danger – SoundAudio

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...