AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNA

JANM komited mantapkan perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan sektor awam

91

PUTRAJAYA 12 April 2023 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) komited dalam memantapkan perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan sektor awam. Pengukuhan pengurusan kewangan sektor awam turut disokong oleh dasar yang progresif dan sistem perakaunan yang efisien.

Menurut JANM dalam satu kenyataan hari ini, langkah proaktif dalam mewujudkan sistem Perakaunan Akruan yang selaras dengan Dasar Transformasi Sektor Awam dalam Model Baru Ekonomi akan memberi kesan signifikan dalam pengurusan fiskal berhemat serta mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Kata JANM, sebagai persediaan pelaksanaan perakaunan akruan, Malaysia Public Sector Accounting Standards (MPSAS) telah dibangunkan yang berasaskan International Public Sector Accounting Standard. Sehingga 31 Disember 2022, piawaian ini telah digunakan oleh 255 agensi persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Sehingga 31 Disember 2022, jumlah aset dan liabiliti yang telah diakaunkan di sistem iGFMAS atau Sistem Bersepadu Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM 2.85 trillion.

Sehingga Mac 2023, seramai 391 pegawai atau sebanyak 33.6 peratus daripada akauntan lantikan JANM telah layak atau menjadi ahli badan professional termasuklah Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), Certified Public Accountant (CPA) Australia dan The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA). Seterusnya bagi memantapkan kompetensi dan profesionalisme akauntan sektor awam program pengajian dalam profesional perakaunan telah distruktur di bawah Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), Institut Perakaunan Negara.” kata JANM.

JANM juga sentiasa komited melaksanakan peranannya sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) sepertimana lantikan Menteri Kewangan selaras dengan Seksyen 9 menerusi Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Akta 370).

“WTD adalah milik awam yang dipegang oleh JANM sebagai pemegang amanah. Dari tahun 1977 sehingga Mac 2023, JANM telah menerima serahan WTD selaras dengan Seksyen 8 Akta 370 daripada syarikat atau firma berjumlah RM14.1b dan sebanyak RM3.2b telah dibuat bayaran balik kepada empunya seperti akaun simpanan, insurans, deposit dan lain-lain.

Bagi tujuan ini, JANM telah menyediakan platform semakan WTD melalui kaunter di semua JANM Negeri/Cawangan, portal eGumis dan maklumat warta rasmi Kerajaan yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia. Portal eGumis memberi kemudahan kepada orang awam untuk mengemukakan tuntutan WTD. Sehingga Mac 2023, bilangan pengguna berdaftar adalah hampir 4.4 juta pengguna, manakala sebanyak 17.2 juta pelawat telah menggunakan portal eGUMIS. Dalam tempoh yang sama sebanyak 354,912 permohonan tuntutan atas talian telah diterima. Daripada jumlah itu sebanyak RM199 juta amaun tuntutan WTD telah diproses.” kata JANM.

Selain itu, selari dengan pendigitalan sektor awam, JANM juga sedang membangunkan aplikasi mudah alih iaitu eGumis Mobile yang dijangkakan boleh digunakan pada suku ke-4 2023. Bagi memastikan tuntutan WTD dapat diproses, pemohon perlu memastikan borang permohonan dan dokumen sokongan adalah lengkap dan tepat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...