KUALA LUMPUR 12 April 2023 – Nama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI atau dalam Bahasa Inggerisnya, MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY, mengekalkan akronim yang sama iaitu “MITI”.
Menurut MITI, ia adalah seiring dengan keputusan Perdana Menteri di dalam Mesyuarat Kabinet bertarikh 5 April 2023.
“Penjenamaan ini bertepatan dengan fungsi Kementerian yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing, memperkasakan pelaburan tempatan, memantapkan perdagangan antarabangsa dan memperkasakan pembangunan industri yang lestari dan mampan.
Keputusan ini juga adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk merancakkan lagi aktiviti penggalakan pelaburan seperti yang digariskan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional bagi kesinambungan pembangunan semula ekonomi negara seperti yang digariskan di dalam wadah Kerajaan Madani.” kata MITI dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, dengan penjenamaan tersebut, MITI terus komited untuk menarik pelaburan baharu berkualiti dan berimpak tinggi, memperluaskan jaringan perdagangan antarabangsa serta memperkukuhkan sektor industri sedia ada sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara bagi kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan, terutamanya PKS.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment