AMKesihatan @ My LNA

H5N1 : Malaysia tidak import haiwan hidup dan produk dari Shaoyang

91

PUTRAJAYA 3 Februari 2020 – Mengulas mengenai laporan Reuters pada Sabtu lepas, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dato’ Dr. Quaza Nizamuddin bin Hassan Nizam menyatakan bahawa Malaysia tidak mengimport haiwan hidup dan produk daripada Shaoyang, Wilayah Hunan China.

Menurut Dr. Quaza Nizamuddin di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, pihak berkuasa China telah mengambil tindakan untuk mengawal penyakit H5N1 yang terjadi.

“Namun Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan sentiasa memantau keadaan dan berhubung dengan OIE (World Animal Health Organisation) untuk mengetahui status kedudukan sebenar dari masa ke semasa.

Malaysia mengimport keratan ayam daripada loji pemprosesan ayam yang berada kira-kira 1,313 km daripada tempat kejadian iaitu di Liaocheng, Shangdong.” kata beliau.

Tambah Dr. Quaza Nizamuddin lagi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa mengambil sampel keratan ayam yang dibawa masuk untuk diuji bagi penyakit H5N1 dan setakat ini tiada sampel yang positif. Beliau turut menjamin bahawa langkah berjaga-jaga akan ditingkatkan dan sampel akan diambil daripada setiap kosainmen untuk diuji.

Sabtu lepas Reuters telah melaporkan bahwa kes selesema burung H5N1 dilaporkan berlaku di sebuah ladang di Shaoyang, wilayah selatan Hunan di China. Susulan kejadian ini,pihak berkuasa China dilaporkan telah mengambil langkah memusnahkan 17,828 ayam secara keseluruhan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...