Home AM Tindakan Najib padam hantaran FB berkenaan konsesi PLUS timbulkan persoalan
AMPendapatPolitik

Tindakan Najib padam hantaran FB berkenaan konsesi PLUS timbulkan persoalan

Oleh Syahredzan Johan

(Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri)

Semalam, melalui hantaran Facebook (FB) bertarikh 2 Februari 2020, Datuk Seri Najib Razak menyindir saya kononnya matematik saya ‘koyak’, sebab saya menghantar ciapan bahawa pada tahun 2011, konsesi lebuh raya PLUS dilanjutkan sehingga ke tahun 2038. Dengan sindiran ini, Najib Razak mahu memberi gambaran bahawa konsesi lebuh raya tidak dilanjutkan di zaman beliau memegang tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri.

Akan tetapi, menurut hantaran Najib Razak sendiri bertarikh 29 Disember 2018 melalui laman Facebook “Najib Razak”, beliau telah dengan bangganya mendedahkan bahawa perjanjian lebuh raya PLUS telah distruktur semula pada tahun 2011, dan tempoh konsesi tol dilanjutkan kepada tahun 2038. Menurut Najib:

Oleh itu, perjanjian konsesi dirunding sekali lagi pada tahun 2011.

Hutang pampasan RM6.5 bilion dari kerajaan tidak perlu dibayar lagi dan kadar kenaikan tol diturunkan dari 10% setiap 3 tahun kepada 5% setiap 3 tahun tetapi tempoh konsesi tol dilanjutkan 8 tahun lagi kepada tahun 2038.

Saya mengaku bersalah kerana telah menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai kroni baru untuk lebuh raya tol PLUS pada tahun 2011.

Selepas saya mendedahkan bahawa Najib sendiri telah lupa hantaran Facebook yang dibuat sendiri pada tahun 2018, Najib Razak atau pengendali laman Facebooknya telah dalam diam memadam hantaran Facebook bertarikh 29 Disember 2018.

Persoalannya di sini adalah, mengapa Najib Razak padam hantaran FB bertarikh 29 Disember 2018 mengenai konsesi lebuh raya PLUS? Adakah ini untuk menutup fakta bahawa pada tahun 2011, sememangnya terdapat lanjutan konsesi lebuh raya-lebuh raya di bawah pegangan PLUS? Ataupun untuk menutup fakta bahawa mengikut pengstrukturan semula pada tahun 2011 tersebut, PLUS dibenarkan untuk menaikkan kadar tol sebanyak 5% setiap 3 tahun? Ini semua didedahkan oleh Najib Razak sendiri melalui Facebook setahun lebih yang lalu.

Pengstrukturan semula konsesi tol lebuh raya-lebuh raya PLUS oleh kerajaan PH adalah situasi ‘menang-menang’ untuk kerajaan dan rakyat. Rakyat menikmati penurunan kadar tol dan tidak ada peningkatan tol lebuh raya PLUS sepanjang tempoh konsesi. Pada masa yang sama, Kerajaan tidak perlu membayar pampasan kepada PLUS untuk tidak menaikkan kadar tol.

Akhir sekali, saya melihat bahawa tindakan memadam hantaran ini menimbulkan persoalan – jika Najib Razak boleh padam hantaran Facebooknya sendiri bila tidak lagi jadi perdana menteri, apa yang “dipadamnya” semasa ada kuasa sebagai perdana menteri? – Roketkini.com

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPoliticsPolitik

Move on, DAP tells UMNO Youth after apology demand

KUALA LUMPUR 9 June 2023 – DAP secretary-general Anthony Loke Siew Fook...

HighlightsMY LNAPolitik

Intipati Ucapan Dasar Presiden UMNO Padat Misi dan Visi Parti

Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 dianggap cukup berani malah...

MY LNAPolitik

Pinda Perlembagaan Permudah Daftar Keahlian

KUALA LUMPUR 9 Jun 2023 – UMNO akan melakukan pindaan terhadap Perlembagaan...

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...