AM

LIMA PEGAWAI DAN ANGGOTA OPERATIF BERJAYA KIBAR BENDERA UTK, SANG SAKA BIRU DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

288

Kota Kinabalu, 2 Februari 2020 – Seramai lima pegawai dan anggota operatif Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya dalam program mengibarkan bendera UTK dan Sang Saka Biru pada puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu, di sini, semalam.

Program tersebut bersempena ulang tahun ke-45 penubuhan UTK sebagai pasukan elit dalam melaksanakan operasi berprofil tinggi, antaranya menangani kes penculikan dan berdepan musuh bersenjata.

Berpegang kepada slogan UTK iaitu “Keep Our Flag Flying High”, ia menjadi perangsang dan kata semangat buat Inspektor Alias Amiruddin, Sarjan Fairuz Mohd Yasin, Koperal Riduan Utoh, Koperal Amin Zafri Nasiruddin dan Konstabel Muhammad Jasli Ahmad Jais bagi memastikan misi tersebut berjaya dilaksanakan.

Menurut komandernya SAC Tuan Mohd Khairi Khairudin, program sebegitu mampu memberi pengalaman yang luar biasa dan berharga kepada para peserta selain dapat meningkatkan tahap kesihatan tubuh serta kecerdasan minda untuk menjadi lebih produktif dalam tugas.

“Ia merupakan antara aktiviti sihat dan perlu diteruskan agar UTK boleh menawan dan mengibarkan bendera di gunung-gunung terkenal yang terdapat di seluruh Malaysia,” ujar beliau.

Program turut diselitkan dengan pengagihan 100 bungkus makanan kepada golongan gelandangan dan musafir sekitar Kota Kinabalu sebaik sahaja para peserta selamat turun dari gunung yang memiliki ketinggian 4,095 meter itu.

“Jumlah bukan menjadi kayu pengukur, namun yang lebih penting adalah keprihatinan kita kepada golongan ini dan rezeki yang ada perlu dikongsi bersama,” ujar salah seorang peserta program.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...