AMKenyataan Media

NOVEL CORONAVIRUS DAN KESAN KEPADA EKONOMI MALAYSIA

64

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan darurat kesihatan awam global susulan wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang telah mengakibatkan kematian seramai 259 orang di China sehingga 1 Februari 2020. Wabak ini telah merebak ke 24 negara lain termasuk Malaysia. Menurut data terbaru WHO, hampir 12,000 kes dikesan di peringkat global.

Sekiranya penularan wabak ini berlarutan dalam tempoh masa yang panjang dan memberi kesan ke atas ekonomi China, ekonomi Malaysia juga akan terjejas memandangkan China merupakan antara rakan dagangan terpenting Malaysia.

Antara sektor yang dijangka menerima kesan ialah sektor pelancongan, penerbangan (airlines), pengangkutan, pendidikan, pembuatan dan pembinaan. Pada tahun 2019, Malaysia menerima hampir 26 juta pelancong dan lebih daripada 3 juta orang merupakan pelancong dari China. Sektor pelancongan menyumbang 15% kepada KDNK negara. Di samping itu, sektor pembuatan dan pembinaan yang bergantung kepada input daripada China juga dijangka akan terkesan sekiranya China memanjangkan tempoh kuarantin atau menambahkan bilangan bandar yang akan ditutup bagi menyekat penyebaran wabak ini.

Dalam hal ini, Kerajaan bersama-sama dengan agensi antarabangsa dan pihak swasta akan mengambil langkah proaktif berasaskan kepada fakta dan maklumat terkini bagi mengurangkan kesan negatif penularan wabak ini ke atas ekonomi Malaysia.

Pakej rangsangan yang sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan bukanlah sekadar memberi suntikan kepada ekonomi, namun turut memberi keutamaan terhadap keperluan yang boleh menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Bagi tahun 2020, MEA telah menyediakan peruntukan sebanyak RM227 juta untuk pembelian peralatan perubatan dan bukan perubatan untuk semua fasiliti kesihatan di seluruh negara. MEA juga bersedia untuk mempertimbangkan tambahan peruntukan sekiranya diperlukan. Kerajaan akan memberi keutamaan terhadap kesihatan dan keselamatan rakyat.

Selain itu, Kerajaan juga telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan kesiapsiagaan negara dalam menangani wabak ini selaras dengan saranan WHO. Antara langkah yang telah diambil oleh Kerajaan termasuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai langkah kesihatan yang perlu diambil dalam menangani wabak tersebut.

Rakyat juga dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan berita terkini daripada sumber rasmi Kerajaan, khususnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak khususnya pakar, doktor dan warga Kementerian Kesihatan dan anggota keselamatan yang berada di barisan hadapan bekerja keras serta berkorban tenaga dan masa untuk memerangi wabak ini.

Marilah kita berdoa semoga negara Malaysia dan rakyat Malaysia akan terus dilindungi daripada sebarang jenis wabak dan bencana.

Rakyat sihat, ekonomi dipacu, negara maju.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Menteri Hal Ehwal Ekonomi

2 Februari 2020

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...