AMNiaga @ My LNA

Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan : Peningkatan sebanyak 3.5% pada Disember 2019

182

PUTRAJAYA 30 Januari 2020 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada hari ini memaklumkan bahawa Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan meningkat 3.5 peratus pada bulan Disember 2019 kepada 107.4 berbanding 103.8 pada bulan yang sama tahun 2018.

“Berdasarkan 1,063 item yang diliputi dalam IHPR, 37.1 peratus item menunjukkan peningkatan pada Disember 2019 berbanding Disember 2018. Sebaliknya, 39.8 peratus item menunjukkan penurunan manakala 23.1 peratus item kekal tidak berubah.” jelas Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin di dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat beliau pada hari ini.

Tambah beliau, Indeks Pertanian, perhutanan & perikanan dan Perlombongan masing-masing merekodkan peningkatan dua digit sebanyak 21.9 peratus dan 19.3 peratus, diikuti Bekalan elektrik & gas 1.2 peratus dan Pembuatan 0.5 peratus. Sebaliknya, indeks bekalan air menurun 2.9 peratus.

Pada suku tahun keempat 2019 menyaksikan peningkatan IHPR sebanyak 0.6 peratus kepada 106.3 berbanding 105.7 peratus pada suku tahun yang sama tahun 2018 di mana peningkatan tersebut disumbangkan oleh indeks Pertanian, perhutanan & perikanan (14.1%), Bekalan elektrik & gas (1.0%) dan Perlombongan (0.8%).

Bagi perbandingan suku tahunan, IHPR pengeluaran tempatan meningkat 1.4 peratus berbanding suku tahun ketiga 2019 dan IHPR pengeluaran tempatan bagi tahun 2019 mencatatkan penurunan 1.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...