IPOH, 10 Mac 2023 – Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir telah menyempurnakan Majlis Perasmian Green Urban Forum (GUF) 2023 atau Forum Perbandaran Hijau bertempat di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh pada pagi hari ini.
GUF 2023 merupakan salah satu platform bagi perkongsian pengetahuan dan kepakaran tentang aspek perbandaran hijau khususnya berkaitan pembangunan dan pengurusan landskap. Forum anjuran KPKT dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) diadakan sempena sambutan Hari Landskap Negara 2023 yang akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 11 Mac 2023 di Taman Rekreasi D.R. Seenivasagam, Ipoh.
“GUF 2023 merupakan forum bagi membincangkan pelbagai aspek pengurusan perbandaran hijau seperti landskap ke arah
mencapai SDGs, digitasi seni bina dan transformasi landskap serta inovasi pengurusan hijau yang dilihat seiring dengan hasrat membangun Malaysia MADANI.
“Forum ini wajar diadakan secara berkala bagi membentuk kepakaran kolektif negara yang sentiasa ke hadapan dalam bidang perbandaran hijau dan landskap. Ia juga mampu berperanan sebagai salah satu platform bagi menerapkan nilai-nilai
pembangunan mampan serta amalan pengurusan landskap terbaik menjelang tahun 2030.” kata Akmal Nasrullah.
Antara pengisian program sepanjang GUF 2023 adalah perbincangan isu penggunaan teknologi inovasi dan pintar dalam pengurusan landskap, transformasi sektor landskap serta penambahbaikan pembangunan landskap bagi mendokong 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).
GUF 2023 melibatkan penyertaan seramai 150 orang peserta yang terdiri Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Universiti tempatan. Manakala bagi sesi pembentangan kertas kerja pula melibatkan empat (4) orang pembentang dan ahli panel daripada pelbagai agensi kerajaan, PBT, badan professional serta wakil-wakil pemegang taruh.
Kawasan hijau (green environment) adalah amat penting dan harus diuruskan dengan kaedah pintar menggunakan teknologi dan inovasi moden yang dapat mengurangkan kesan buruk ke atas alam sekitar. Dalam konteks ini, agensi pelaksana seperti Jabatan Landskap Negara (JLN) dan PBT perlu berfikiran ke hadapan (forward-thinking), inovatif, kreatif dan memanfaatkan teknologi dan inovasi moden dalam mereka bentuk, membangun, mengurus dan menyelenggara landskap ruang hijau dan taman-taman awam di seluruh negara.
Penganjuran GUF 2023 ini merupakan antara komitmen dan usaha berterusan KPKT dalam menjamin kemampanan bandar dan kesejahteraan rakyat secara jangka panjang. Ia merangkumi penyediaan rumah yang mencukupi dan mampu milik, menyediakan perkhidmatan bandar yang berkualiti, pengurusan sisa pepejal, memastikan kesejahteraan komuniti serta perancangan bandar yang mampan di Malaysia.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment