AMKesihatan @ My LNA

Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS 2019/2020) genap sebulan – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

117

27 Januari 2020 – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada hari ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada petugas kesihatan dan sukarelawan di lapangan yang sedang bertungkus-lumus dalam menyelamatkan negara daripada polio sejak Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS 2019/2020) dilancarkan pada 27 Disember 2019 .

Sumber foto Facebook Rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Menurut Dr Noor Hisham, pada hari ini (27 Januari 2020) telah genap sebulan sejak Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS 2019/2020) dilancarkan pada 27 Disember 2019 yang lalu. Tambah beliau, Supplementary Immunisation Activity (SIA) ini merupakan fasa kedua aktiviti tindakan kawalan dan pencegahan wabak polio di Sabah di mana imunisasi polio dos 1 menggunakan vaksin polio diberi secara titisan ke mulut (Oral Polio Vaccine – OPV) kepada semua kanak-kanak berumur bawah 5 tahun di negeri Sabah.

“Sehingga 25 Januari 2020, sebanyak 109,232 daripada 391,040 (27.93%) anggaran kanak-kanak berumur dari 0 hingga 5 tahun di 25 buah daerah negeri Sabah telah diberikan vaksin OPV (Dos 1).

Pelaksanaan SIA di beberapa daerah amat mencabar daripada segi logistik dan keselamatan kakitangan kesihatan. Contohnya, mereka perlu menaiki bot atau perahu, meredah air serta berjalan sejauh 3 km untuk sampai ke kampung yang dituju.” kata Dr. Noor Hisham di dalam posting di Facebook rasmi beliau pada hari ini.

Beliau turut menyifatkan petugas kesihatan dan sukarelawan di lapangan yang terlibat di dalam kempen tersebut sebagai ‘the invisible public health’ dan wira-wira yang tidak didendang oleh masyarakat umum dan media.

“Hargailah jasa petugas kesihatan tatkala perkhidmatan ini semua masih ada” kata beliau.

Pada 27 Disember yang lepas, KIPS 2019/20 telah dimulakan di Daerah Tuaran dan dilanjutkan ke seluruh Sabah secara berfasa dan ia melibatkan beberapa buah pasukan pemberi vaksin yang terdiri dari seramai 114 orang sukarelawan. Sasaran KIPS 2019/20 adalah anak-anak yang berumur bawah 5 tahun diberikan sebanyak dua dos imunisasi OPV menjelang bulan Jun 2020. Selang masa antara dos pertama dan dos kedua adalah empat (4) minggu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...