AMKenyataan Media

BUDAYA TAKFIRI PERLU DIKEKANG

133

Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius budaya mengkafirkan sesama umat Islam atau dikenali sebagai budaya takfiri yang semakin menular dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Terbaru, seorang pemilik akaun Facebook telah memuat naik satu status mensasarkan Naib Presiden AMANAH YB Datuk Seri Mujahid Rawa dengan menulis “Menteri agama, berjiwa kafir”.

Difahamkan dua laporan polis telah dibuat oleh AMANAH Wilayah Persekutuan dan Terengganu.

AMANAH berpandangan budaya Takfiri ini jika tidak dihentikan dengan segera, boleh mencemarkan imej Islam sekaligus memusnahkan keharmonian Malaysia seperti apa yang berlaku kepada negara Timur Tengah khususnya di Iraq dan Syria.

Dengan kata lain, ia juga boleh menyemai sikap dan pemikiran melampau sehingga boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

AMANAH menggesa semua pihak memainkan peranan dalam mengekang budaya tidak sihat dan bercanggah dengan ajaran agama ini, di samping melaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan, agar ia tidak berulang pada masa akan datang.

KESTABILAN MEMACU KEMAKMURAN BERSAMA

MOHAMAD BIN SABU
Presiden AMANAH

28 Januari 2020

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...