AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

Fahmi sambut baik Belanjawan 2023

222

24 Februari 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyambut baik pengumuman Belanjawan 2023 yang merupakan cerminan prinsip Malaysia MADANI yang berteraskan sistem nilai yang luhur serta komprehensif untuk manfaat rakyat.

Menurut Fahmi dalam satu kenyataan hari ini, Belanjawan 2023 berjumlah RM388.1 bilion berfokus kepada tiga tekad iaitu
pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tatakelola yang baik.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ditemuramah media. Sumber Foto FB Live RTM

“Sehubungan itu, Belanjawan 2023 Malaysia MADANI dengan peruntukan kepada KKD berjumlah RM2.737 bilion akan mengutamakan kemudahan Internet untuk rakyat, merealisasikan Dekad Keemasan Ekonomi Digital serta mendukung usaha
membangunkan industri kreatif.

Peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan diperkasakan bagi membantu peniaga kecil dengan pengetahuan ICT dan e-Dagang. Sekurang-kurangnya satu (1) PEDi akan diwujudkan di setiap DUN bagi meningkatkan literasi digital dalam kalangan rakyat serta menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti ekonomi digital seiring dengan inisiatif KKD.” kata Fahmi.

Tambahnya, KKD melalui Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) akan melatih lebih ramai pekebun kecil beradaptasi dengan teknologi digital menerusi program Digital AgTech ke 100 Pertubuhan Peladang Kawasan seluruh negara dengan peruntukan RM10 juta.

Kata Fahmi lagi, KKD juga amat mengalu-alukan usaha kerajaan mengukuhkan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi mengekang jenayah penipuan dalam talian. Inisiatif kerajaan ini akan mempercepatkan usaha-usaha advokasi yang dilaksanakan KKD melalui CyberSecurity Malaysia bagi memerangi jenayah penipuan dalam talian.

“Peruntukan Dana Kandungan Digital berjumlah RM102 juta diharap membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni menghasilkan pelbagai karya kreatif seperti filem, animasi dan muzik yang bermutu tinggi yang bukan sahaja berjaya di pasaran tempatan malah mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Selain itu, bagi menyokong industri kreatif negara, sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan diberi potongan cukai manakala duti import serta cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran juga akan dikecualikan.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...