KAPIT, 23 Februari 2023 – Masyarakat di Daerah Kapit terima baik inisiatif Menu Rahmah yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini.
Sehingga kini, sebanyak empat buah pengusaha kedai makanan telah menyahut seruan kerajaan tersebut seperti Nana Bakery & Cafe, Restoren Rahmat 2, Sister Kopitiam dan Selera Kampung Kak Eda.
Menurut pemilik Nana Bakery & Cafe Naroden Ahmad, 63, kedainya menyediakan dua pilihan menu Rahmah iaitu ayam atau ikan dan sejenis sayur berharga RM5 dan mula dihidangkan dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Sementara itu, Bisnawati Kahar, 34, pemilik Restoran Rahmat 2 bersetuju bahawa Program Menu Rahmah ini dapat membantu golongan yang memerlukan dan premisnya menyediakan dua jenis Menu Rahmah iaitu ayam dan ikan serta sayur dengan cara masakan yang sentiasa berubah setiap hari sebagai memenuhi citarasa pengunjung.
Justeru, Bisnawati mengajak peniaga lain untuk turut sama menyokong program ini dengan berniaga sambil beramal sepertimana yang disarankan oleh pihak KPDN agar lebih ramai pengusaha kedai makanan menyertai inisiatif Menu Rahmah bagi membantu rakyat yang memerlukan untuk menikmati hidangan yang lengkap pada harga mampu milik.
Pengusaha makanan yang berminat untuk mengikuti Program Menu Rahmah ini boleh mendapatkan maklumat lengkap daripada Pejabat KPDN Kapit.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment