AMBM @ MY LNA

PUSAKA hargai peranan media Sarawak

316
Datuk Hashim dan kakitangan PUSAKA merakamkan gambar kenangan bersama pengamal media yang terlibat dalam Pertandingan Boling Persahabatan. Jurufoto: Cassidy Lisut (BKVS)

KUCHING, 20 Februari – Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) hargai peranan media Sarawak dalam memasarkan informasi berkaitan industri perkayuan di negeri ini menerusi penganjuran Pertandingan Persahabatan 10-Pin Boling PUSAKA-Media 2023 di Megalanes Emart Bowling Centre, MJC Batu Kawa di sini, semalam.

Sebanyak 11 Agensi berdaftar seperti Rancangan Televisyen Malaysia (RTM), Berita Nasional Malaysia (Bernama), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Utusan Borneo, Suara Sarawak, New Sarawak Tribune, The Borneo Post, dan Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu seramai 100 peserta terlibat terdiri daripada kakitangan PUSAKA serta pengamal media Sarawak telah menyertai pertandingan tersebut dan ia telah dirasmikan oleh Pengurus Besar PUSAKA, Datuk Hashim Bojet.

Pada sebelah malam pula, PUSAKA turut menganjurkan Majlis Makan Malam Bersama Media 2023 sebagai sebuah penghargaan terhadap barisan media yang bersamasama mempromosikan aktiviti, program serta perancangan PUSAKA dalam mengurus sumber hutan agar industri perkayuan lebih terancang, meningkatkan nilai eksport perkayuan, membangun nilai tambah tinggi, pembuatan perabot balak dari ladang dan hutan asli selain merapatkan hubungan silaturahim antara kakitangan PUSAKA dan pengamal media.

Datuk Hashim semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Malam Apresiasi & Jalinan Kasih PUSAKA 2023 sempena Jubli Emas di Riverside Majestic. Jurufoto: Cassidy Lisut (BKVS)

Bercakap semasa Majlis Malam Apresiasi & Jalinan Kasih PUSAKA 2023 sempena Jubli Emas, Hashim memaklumkan bahawa agensi di bawah PUSAKA telah merangka dan melaksanakan program pembangunan ekonomi bertaraf dunia seperti ‘Sarawak Design Week’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 13 hingga 16 Februari lalu.

Datuk Hashim melakukan lontaran bola boling sebagai simbolik perasmian pertandingan. Jurufoto: Cassidy Lisut (BKVS)

“Program tersebut antara lain memperkenalkan produk hutan dengan rekabentuk kelas antarabangsa akan menambah baik produk hijau di pasaran, memperhebatkan industri berasaskan buluh, memperbanyak aktiviti kajian dan pembangunan (R&D) seperti penciptaan basikal buluh oleh anak watan di Kota Samarahan sebagai menyahut seruan kerajaan negeri membangun industri perkayuan dan memajukan ekonomi selari dengan hasrat kerajaan negeri – Sarawak negeri maju menjelang 2030,” ujarnya semasa merasmikan majlis makan malam di Riverside Majestic, semalam.

Pengisian program termasuklah cabutan tiket bertuah, persembahan hiburan dari pelbagai agensi media, penyampaian hadiah Pertandingan Boling Persahabatan dan sesi bergambar.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...