AMBM @ MY LNAUTAMA

Premier terima kunjungan hormat Presiden PETRONAS

333
Abang Johari bersama Mathew (tiga, kiri), Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Rancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel (dua kanan) Ketua Pengarang Jurnal Antarabangsa Pengurusan Sains Dan Kelestarian (IJSMS), Prof. Dr. Voon Boo Ho (kiri), wakil Jabatan Premier Sarawak Dr. Intan Rahmah Mohd Tazuddin (dua kiri) dan Pengurus Besar MASA, Dr. Krishnan Murali (kanan). Foto oleh Jaed Tepus (BKVS)

KUCHING, 14 Februari – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Tujuan kunjungan hormat adalah untuk memberi taklimat ringkas perkembangan terbaharu usaha dan kerjasama di antara PETRONAS dengan Kerajaan Sarawak.

Tengku Muhammad memaklumkan segala aktiviti yang dilaksanakan bersama berjalan dengan baik bermula di peringkat awalan, pertengahan, akhiran dan kini ke arah kelestarian tenaga boleh diperbaharui, hidrogen dan petrokimia.

Selain PETRONAS, Abang Johari turut menerima kunjungan hormat daripada Dekan Bersekutu, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti of Melbourne, Mathew Greenwood-Nimmo.

Mathew yang ditemui media berkata, tujuan kunjungan itu adalah untuk menjalin kerjasama antara Institut Pengurusan Sarawak (MASA) dengan Universiti of Melbourne bagi mengadakan program mempertingkatkan latihan perkhidmatan awam di Sarawak.

Turut hadir semasa kunjungan adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Rancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Ketua Pengarang Jurnal Antarabangsa Pengurusan Sains Dan Kelestarian (IJSMS), Prof. Dr. Voon Boo Ho, wakil Jabatan Premier Sarawak Dr. Intan Rahmah Mohd Tazuddin dan Pengurus Besar MASA, Dr. Krishnan Murali.

Disediakan Oleh: Toslin Meyub (BMKK)

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...