BUTTERWORTH, 6 Februari 2023 – Seramai 1,488 orang penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bagan Jaya, ulau Pinang bakal menikmati kemudahan akses internet percuma selama 9 bulan.
YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata, “Penyediaan kemudahan jalur lebar ke setiap rumah juga merupakan salah satu bidang fokus KPKT iaitu perancangan perumahan yang lebih komprehensif dan berdaya saing. Ia meliputi penyediaan kemudahan akses internet kepada setiap rumah PPR dalam usaha menjadikan perumahan rakyat yang berdaya huni.” Terlebih dahulu YB KM meninjau penggunaan internet oleh penghuni PPR.
Kemudahan internet jalur lebar secara Direct Internet Access (DIA) ke setiap rumah PPR di 30 skim PPR ditawarkan melalui inisiatif Jendela@PPR yang telah dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 2022. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited meneruskan program yang menelan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM 22 juta ini demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Jendela@PPR merupakan salah satu inisiatif yang menyokong aspirasi Kerajaan ke arah negara yang berpendapatan tinggi berpaksikan pendigitalan melalui MyDigital dan Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR).
Program Jendela@PPR ini melibatkan 30 projek rintis PPR di seluruh negara meliputi 13,218 unit rumah dan memberi manfaat kepada 53,000 isi rumah kumpulan B40. Ianya melibatkan kerja-kerja pemasangan kabel gentian optik, router dan modem serta perkhidmatan internet berkapasiti 30Mbps di setiap unit rumah.
PR1MA Communications Sdn Bhd (PR1MA Comm) selaku anak syarikat Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan inisiatif ini sebagai Pembekal Perkhidmatan Jalur Lebar bagi memastikan penghuni PPR tidak dipinggirkan dalam arus kemajuan teknologi pada masa kini. Sehingga 31 Disember 2022, pelaksanaan kerja-kerja pelaksanaan Program Jendela@PPR di PPR Taman Bagan Jaya yang melibatkan 382 unit rumah dijangka siap 100% sepenuhnya menjelang Mac 2023.
Turut hadir dalam program ini adalah YB Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang; YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT; YBhg. Dato’ Sri Hj Mohd Nazri Bin Md Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA serta pengurusan tertinggi Kementerian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP).
KPKT akan terus memfokuskan kepada matlamat memperkasakan kualiti perkhidmatan dan penyampaian khususnya aspek perumahan. Ia selari dengan aspirasi dan keprihatinan kerajaan dalam mewujudkan perumahan yang selesa dan mampu milik untuk rakyat.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment