AMBM @ MY LNAPerumahan @ My LNAUTAMA

Agenda Perbandaran Mampan Terus Diperkasa Melalui Projek Naik Taraf Lorong Belakang Lebuh Armenian, Pulau Pinang

248
Kredit Foto UKK KPKT

GEORGETOWN, 6 Februari 2023 – YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang telah menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Lorong Belakang Lebuh Armenian pada petang ini. Kerja-kerja menaik taraf lorong belakang sepanjang 135 meter ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM125,000.00 oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Turut hadir ialah YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan; YB Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang;
YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT; YBhg. Dato’ Noor Ihsan bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan; YBhg. Dato’ Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, pengurusan tertinggi Kementerian serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

YB KM dalam ucaptama beliau di majlis tersebut berkata, “Projek transformasi lorong belakang ini adalah selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang bertujuan untuk mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap lorong belakang yang gelap, berbahaya, terbiar dan kotor kepada suasana lorong yang lebih selamat, hijau dan bersih. Selain itu, ia juga mewujudkan laluan alternatif yang lebih selamat kepada pejalan kaki dan penunggang basikal.”

Antara elemen-elemen penting yang diaplikasikan dalam projek ini termasuklah penglibatan aktif komuniti dalam usaha mengindahkan lorong belakang. Ianya penting untuk mengimbangi tiga dimensi pembangunan mampan iaitu sosial, ekonomi dan alam sekitar. Justeru, KPKT juga telah meluluskan beberapa projek naik taraf laluan pejalan kaki di sekitar Georgetown melibatkan Lebuh Ah Quee ke Lorong Pitt, Jalan Masjid Kapitan Keling dan Jalan Pesara Claimant.

Tambah beliau, “Sebagai Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab serta peka terhadap keperluan dan kebajikan rakyat, KPKT sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat menerusi pelbagai projek yang memberi impak positif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.”

Pada tahun 2021 dan 2022, KPKT juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak hampir RM7 juta kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi pelaksanaan 32 buah projek melibatkan kerja-kerja naik taraf infrastruktur kemudahan awam. KPKT juga akan meneruskan usaha-usaha bagi meningkatkan pembangunan infrastuktur dan kemudahan awam di seluruh negara menerusi kerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan termasuklah di negeri Pulau Pinang. Ia merupakan langkah komited KPKT dalam memperkukuh agenda kemampanan bandar serta komuniti demi kesejahteraan
rakyat Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

CHARM terima RM80,000 daripada KBS

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...