6 FEBRUARI 2023 – Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mengumumkan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (Subang Airport Regeneration Plan, SARP) yang disediakan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (Malaysia Airports) berasaskan hala tuju dasar Kerajaan Malaysia akan dilaksanakan.
Katanya dalam satu kenyataan hari ini, pada 2hb Februari lepas beliau telah membentangkan SARP kepada Jemaah Menteri dan cadangan pembangunan tersebut telah mendapat kelulusan selepas mengambil kira pertimbangan yang teliti.
Pembangunan LTSAAS tersebut akan memberi fokus terhadap pembangunan Aerospace Ecosystem, General Aviation/Business Aviation (GA/BA) dan city airport/secondary airport. Sehubungan dengan itu, ekosistem yang akan dibangunkan di LTSAAS melibatkan tujuh (7) komponen i) pusat industri aeroangkasa, ii) pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (maintenance, repair and overhaul – MRO), iii) pusat penyelidikan dan pembangunan, iv) operasi penerbangan am (GA), v) operasi penerbangan bisnes (BA), vi) urban air mobility (UAM) dan vii) operasi penerbangan komersial serantau.
“Cadangan memperkenalkan semula penerbangan berjadual serantau menggunakan pesawat jet (narrow body) sehingga A320/B737 atau yang seumpamanya dan belly kargo menggunakan pesawat jet di LTSAAS.
Cadangan tersebut melibatkan usaha memperkenalkan semula penerbangan berjadual serantau menggunakan pesawat jet (narrow body) sehingga A320/B737 atau yang seumpamanya dan belly kargo menggunakan pesawat jet di LTSAAS. Sasaran pasaran adalah kumpulan penumpang bisnes ataupun kelas premium dengan memanfaatkan penuh kedudukan LTSAAS yang cukup strategik di tengah-tengah ibu kota negara kita. Penerbangan berjadual menggunakan pesawat propeller dan turboprop akan dikekalkan berikutan permintaan pasaran terhadap perkhidmatan tersebut di LTSAAS dijangka berterusan dan positif.
Melalui SARP, LTSAAS bakal berubah menjadi sebuah hab penerbangan serantau dengan kapasiti maksimum seramai 8 juta penumpang setahun. Pertumbuhan dan perubahan wajah LTSAAS akan menjana ribuan peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia.” kata Loke.
Tambah beliau, ia akan memberi rangsangan kepada rantaian industri pengangkutan udara dan industri aeroangkasa selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju aeroangkasa di rantau Asia Tenggara menjelang tahun 2030.
Jelas Loke, untuk langkah seterusnya, Malaysia Airports akan merangka seluruh pelan pembangunan semula LTSAAS secara terperinci setelah mengambil kira pandangan semua pihak dalan sesi-sesi libat urus dengan sikap yang terbuka dan membina. Anggaran kos pembangunan semula LTSAAS dapat diumumkan selepas pelan terperinci tersebut siap dibentangkan pada masa hadapan.
“Pembangunan semula LTSAAS adalah usaha murni peringkat nasional yang berlandaskan gagasan Malaysia Madani. Dari segi ekonomi, ia akan mempercepatkan pemulihan ekonomi pasca pandemik dengan menarik pelaburan dari dalam mahupun luar negara. Dari aspek kemasyarakatan pula, projek ini cukup bermakna dengan memberi nafas baru kepada sebuah lapangan terbang di mana ramai warga Malaysia berkongsi ingatan dan pengalaman yang manis. Akhirnya, adalah mustahak agar diterapkan reka bentuk mesra alam dan infrastruktur hijau ke dalam projek pembangunan semula tersebut demi kelestarian dan masa depan kita.” ujarnya.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment