BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Muqharabbin Letak Jawatan Exco Dan Pemuda Umno Lembah Pantai

140

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2023- Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Lembah Pantai Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin melepaskan jawatan yang beliau berkuat kuasa serta merta.

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, beliau berkata UMNO kini sudah mati dengan demokrasi dan kepimpinan MKT kini adalah para pemimpin yang paling penakut dalam sejarah UMNO.

“Saya akan serahkan surat rasmi perletakan jawatan dalam minggu ini.

Tiada guna orang muda seperti saya dan lain-lain berjuang untuk perjuangan nenek moyang bangsa agama kami, tetapi dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.” tegasnya.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat-sahabat UMNO Malaysia yang bersama saya dalam perjuangan semenjak 2018 hingga kini.

“Kita tetap bersahabat selamanya dan menjaga ukhwah sesama kita. Selamat maju jaya buat semua sahabat Ketua Ketua Pemuda UMNO seluruh negara.” ujar Muhamad Muqharabbin.

Semalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan untuk memecat Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan juga Tan Sri Noh Omar.

Dalam pada itu, ahli-ahli UMNO yang digantung hak-haknya dalam parti selama 6 tahun ialah YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Saudara Shahril Sufian Hamdan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...