BM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

FLFAM beri jaminan bekalan ayam dan telur akan normal untuk pasaran tempatan bermula bulan ini – MAFS

201
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Tuan Haji Mohamad Sabu telah mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM). Sumber foto FB rasmi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

PUTRAJAYA 21 JANUARI 2023 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memaklumkan bahawa Menterinya Tuan Haji Mohamad Sabu telah mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) yang diketuai Encik Tan Chee Hee, Presiden FLFAM pada Khamis, 19 Januari 2023 di Putrajaya. Ia diadakan bagi membincangkan Memorandum FLFAM berkaitan isu-isu yang menjejaskan kemampanan dan daya saing industri unggas khususnya ayam daging dan telur.

Beberapa isu yang dibangkitkan FLFAM telah dibincangkan bersama seperti berikut :

i. Harga kawalan dalam tempoh yang panjang menyebabkan penternak berhadapan kerugian kerana kos pengeluaran terus meningkat

ii. Keperluan meningkatkan produktiviti melalui penternakan secara sistem tertutup

iii. Isu aliran tunai di kalangan penternak

iv. Jangkaan bekalan ayam dan telur serta kos pengeluaran.

“Dalam pertemuan tersebut FLFAM telah memberi jaminan kepada MAFS bahawa pengeluaran bekalan ayam dan telur akan normal dan mencukupi untuk pasaran tempatan bermula bulan ini. Mereka juga telah menyatakan komitmen dan jaminan ini dalam siaran media FLFAM pada Jumaat, 20 Januari 2023.

FLFAM turut menzahirkan penghargaan mereka kepada Kerajaan atas usaha dan sokongan dalam mencari penyelesaian yang seimbang tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna dan industri di Malaysia berikutan pelbagai cabaran yang wujud dalam proses rantaian bekalan makanan di seluruh dunia.” kata MAFS.

Pertemuan tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha MAFS Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha MAFS dan Pegawai-pegawai Kanan MAFS.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...