AMBM @ MY LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Lawatan Rasmi Timbalan Menteri MOTAC ke Kuala Lumpur Command And Control Centre (KlCCC)

258
Kredit Foto UKK MOTAC

18 Januari 2023 – YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengadakan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam. YB Timbalan Menteri telah disambut oleh YBhg. Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengurusan Tertinggi DBKL.

Dalam lawatan ini YB Timbalan Menteri telah diberikan taklimat berkaitan fungsi Kuala Lumpur Command And Control Centre yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

MOTAC menyambut baik usaha-usaha yang dilaksanakan DBKL dalam menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai bandaraya pintar dan selamat dengan kawalan keselamatan, trafik dan inisiatif bantuan awal yang terkini dan sistematik.

Bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan ‘Heart of Malaysia’ sememangnya menjadi tumpuan pelancong pada setiap masa. Dengan usaha menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar pintar dan selamat, inisiatif KLCCC ini secara tidak langsung dapat memastikan warga bandaraya dan juga pelancong-pelancong yang datang ke Kuala Lumpur berada dalam keadaan selamat.

Menurut YB Tuan Khairul Firdaus, pada tahun ini MOTAC menyasarkan ketibaan seramai 15.6 juta pelancong yang akan menyaksikan unjuran sebanyak RM47.6 bilion dalam perbelanjaan pelancongan. Satu faktor penting untuk memastikan MOTAC mencapai sasaran ini ialah dengan membolehkan pelancong berasa selamat apabila mereka melawat Malaysia. Sekuriti dan Keselamatan Awam merupakan faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan industri pelancongan di Malaysia.

“Saya menyambut baik inisiatif pemasangan 5,000 CCTV pintar di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan keselamatan awam sebagai sebahagian daripada transformasi DBKL untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya pintar. Diharapkan pemasangan CCTV ini dapat ditambah dari semasa ke semasa supaya pemantauan keselamatan ini dapat dipertingkatkan.

“Saya juga amat tertarik dengan sistem pengawasan video pintar yang disediakan di bilik kawalan. Sistem ini disepadukan dengan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan analitik kandungan video, yang sudah pastinya dapat meningkatkan kawalan keselamatan orang ramai di bandaraya ini. Saya juga berbangga dan teruja apabila dimaklumkan bahawa sistem pengawasan video pintar ini telah diinovasikan dan dibina oleh penyedia bandar pintar tempatan. Saya berharap lebih banyak bandar dan negeri di Malaysia akan menerima pakai sistem dan teknologi seperti ini, kerana saya percaya ia akan meningkatkan keselamatan awam dan menjadikan Malaysia lebih selamat untuk dikunjungi pelancong luar mahupun penduduk tempatan,” jelas YB Tuan Khairul Firdaus.

Turut hadir Encik Norazman Othman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan pegawai kanan MOTAC.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...