AM

MFA beri perhatian serius berkenaan artikel “HIGH COMMISSIONER: 33,000 MALAYSIANS APPLY FOR ASYLUM IN AUSTRALIA”

100

PUTRAJAYA 30 OGOS 2019 – Kementerian Luar Negeri (MFA) memandang serius kepada kenyataan Andrew Goledzinowski , Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia di artikel yang bertajukHigh Commissioner: 33,000 Malaysians Apply for Asylum in Australia yang telah diterbitkan di portal Malaysian Reserved pada tarikh 29 Ogos 2019.

Screenshot artikel “High Commissioner: 33,000 Malaysians Apply for Asylum in Australia”

Kenyataan Andrew Goledzinowski di artikel tersebut adalah berhubung peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang membuat permohonan visa perlindungan dan status pelarian daripada Kerajaan Australia.

” Daripada maklumat yang kami ada, jumlah yang besar itu adalah disebabkan terdapat rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan memanipulasi undang-undang imigresen Australia bagi membolehkan mereka menetap lebih lama dengan cara yang tidak sah. Tindakan mereka ini telah mengakibatkan kesukaran kepada rakyat Malaysia yang berniat baik (bona fide) ingin belajar, berkunjung dan menetap di Australia.

Di samping itu, kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang mengunjungi mana-mana negara agar sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang yang terpakai di negara-negara berkenaan bagi mengelakkan kesukaran kepada mereka.” jelas Kementerian di dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi memantau isu ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...