AMBM @ MY LNAUTAMA

Anwar adakan lawatan rasmi pertama ke Indonesia

175
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim diiring oleh Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Indonesia ketika tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta 8 Januari 2023. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

JAKARTA, 8 JANUARI 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke negara jiran, Indonesia. Beliau ditemani isteri beliau Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dato’ Dr. Wan Ismail.

“Saya turut memakai songkok bagi memartabatkan budaya dan tradisi serumpun Malaysia-Indonesia.

Ketibaan saya disambut Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Indonesia Basuki Hadimoeljono dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.” kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau.

Turut sama dalam lawatan itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Adlan Mohd Shaffieq.

“Saya mengharapkan lawatan ini akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara disamping meneroka peluang kerjasama baharu menerusi perbincangan bersama Presiden Joko Widodo, InsyaAllah.” ujarnya.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Minat (Loi) dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta 8 Januari 2023. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Seterusnya Anwar hadir Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan surat niat (LoI) antara syarikat Malaysia dan Indonesia sebaik tiba di Jakarta.

Kata Anwar, menerusi kerjasama tersebut, Malaysia secara rasmi menyatakan hasrat untuk terlibat sama dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara.

“Hasrat berkenaan disuarakan 10 syarikat Malaysia menerusi 11 LoI.

Sembilan MoU turut diserahkan pada majlis petang tadi, melibatkan sejumlah RM1.66 bilion. Sementara Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula berhasrat meneroka peluang untuk terlibat dalam sektor tenaga termasuk tenaga diperbaharui.

Semoga segala kerjasama ini akan dipermudahkan demi kemakmuran Malaysia-Indonesia, InsyaAllah.” ujar Anwar.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...