AMBM @ MY LNAUTAMA

RM36 juta Peruntukan bagi 76 Bas Percuma GoKL: Tambahbaik Pengangkutan Awam di Ibu Kota

331
Sumber Foto : FB Rasmi Menteri KPKT

KUALA LUMPUR, 8 JANUARI 2023 – Bagi menambahbaik pengangkutan awam di ibu kota negara dan mengurangkan beban rakyat jelata, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) YB Tuan Nga Kor Ming (KM) mengumumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membelanjakan sebanyak RM36 juta pada tahun 2023 untuk menyediakan 76 bas percuma GoKL.

“Perkhidmatan 76 bas GoKL tersebut merangkumi jumlah panjang laluan 150 kilometer di sekitar Kuala Lumpur. Penambahbaikan perkhidmatan Go KL ini sekali lagi menunjukkan bahawa pimpinan Kerajaan Perpaduan sentiasa mendukung semangat berkhidmat demi pertiwi”, kata YB KM.

Kemudahan akses Internet percuma

“Kesemua 76 bas percuma dilengkapi akses Internet percuma dan kemudahan mesra OKU. Selain itu, bagi mencapai matlamat penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon, 60 daripada bas percuma itu akan menjadi bas elektrik sifar pelepasan (Zero Emission Electric Bus).”

“Usaha ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDG) yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”, YB KM turut berkata.

Sayangi pengangkutan awam percuma

“Sejak dilantik semula sebagai Menteri Pengangkutan (MOT) di bawah Kabinet Kerajaan Perpaduan, saudara Anthony Loke Siew Fook telah bertungkus-lumus meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam untuk menggalakkan lebih ramai orang menaikinya.”

“Oleh demikian adalah perlu bagi KPKT untuk bekerjasama secara aktif dengan MOT.”

Justeru, pengangkutan awam yang percuma, cekap dan hijau akan menjadi salah satu kunci untuk Kuala Lumpur menjadi metropolis bertaraf antarabangsa”, kata YB KM.

Perkhidmatan bas percuma GoKL akan diperluas dengan pengenalan dua laluan baharu, menjadikan jumlah bilangan laluan GoKL sebanyak 15 laluan dengan meliputi panjang laluan sepanjang 150km di sekitar Kuala Lumpur dalam tahun 2023.

Selain itu, waktu perjalanan harian GoKL akan bermula dari jam 6:00 pagi hingga jam 11:00 malam. Dianggarkan 30,000 orang akan menaiki bas GoKL setiap hari, dan jumlah penumpang dijangka akan melebihi 11 juta orang dalam setahun.

“Saya harap rakyat yang tinggal di kawasan ibu kota dapat merancang jadual perjalanan dengan jadual sedia ada, mengguna dan menyayangi pengangkutan awam dan pada masa yang sama mengurangkan kesesakan jalan raya di bandar.” kata KM lagi.

Selepas selesai pengurusan di Pejabat KPKT, YB KM diiringi oleh Datuk Bandar DBKL Datuk Seri Hj Mahadi Che Ngah turun padang meninjau ke beberapa kawasan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur serta menaiki ‘GoKL’ untuk rasai sendiri denyut nadi rakyat dan keperluan mereka pada jam 8:00 malam, Rabu, 4 Jan.

Turut hadir Timbalan Menteri YB Tuan Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk M Noor Azman Taib, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Muhammad Razman Abu Samah, Datuk Saidatu Akhma Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Dato Noor Ihsan, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa TPr Dr. Alias bin Rameli.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNA

M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...