PUTRAJAYA, 5 Januari 2023 – Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) telah menyelesaikan 7,202 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan 32,121 kes Tribunal Pengurusan Strata bagi tahun 2018 hingga 2022.
Bagi tempoh tahun 2018 hingga 2022, sebanyak 7,909 jumlah bilangan kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TPPR) telah didaftarkan dengan 7,202 kes telah diselesaikan termasuk keskes tertunggak dari tahun-tahun sebelumnya. Manakala Tribunal Pengurusan Strata (TPS) pula mencatatkan pendaftaran kes sebanyak 31,364 dengan 32,121 kes telah diselesaikan
termasuk kes-kes tertunggak dari tahun-tahun sebelumnya.
Pencapaian penyelesaian kes bagi TPPR dan TPS melebihi 95 peratus dari kes-kes yang didaftarkan sejak 2018 walaupun dalam tempoh pandemik.
YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan melihat pencapaian ini sebagai usaha yang perlu diteruskan dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
“KPKT juga terus komited dalam memperkasa Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan memberi perkhidmatan yang lebih baik dan cekap dalam usaha membantu menyelesaikan masalah dihadapi komuniti berstrata.”
Sebelum itu YB KM menyampaikan watikah kepada lima (5) orang Presiden baharu Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) bertempat di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
”Saya berharap semua Presiden dapat menjalankan tugas dengan penuh komited, telus, berintegriti dan penuh bertanggungjawab. Presiden perlu bertindak adil kepada kedua-dua pihak dalam mengendalikan prosiding,” katanya.
Lantikan baharu presiden TPPS ini menjadikan jumlah Presiden TPPS adalah seramai 39 orang terdiri daripada 14 orang Presiden TTPR dan 25 orang Presiden TPS. Justeru, pelantikan Presiden baharu ini diharap akan menjadikan proses pendengaran kes di TPPS berjalan dengan lebih efisien dan menepati tempoh masa yang ditetapkan.
Dalam pelaksanaan tugas sebagai Presiden, pemakaian KPI dilihat amat releven sebagai kayu pengukur standard dalam mendengar dan mengadili tuntutan pembeli rumah dan pengurusan strata. Ini selaras dengan objektif TPPS yang ditetapkan iaitu menyelesaikan tuntutan tribunal tuntutan pembeli rumah dalam masa 110 hari bekerja dari tarikh pemfailan kes dan menyelesaikan tuntutan tribunal pengurusan strata dalam masa 150 hari bekerja dari tarikh pemfailan kes.
TPPS terbahagi kepada 2 kategori iaitu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS). Tribunal ini berfungsi sebagai forum alternatif untuk menyelesaikan pertikaian mengenai perumahan antara pembeli rumah dengan pemaju perumahan serta hal-hal berkaitan pengurusan strata secara mudah, murah dan cepat. AktaAkta serta Undang-Undang berkaitan yang diwujudkan dan diguna pakai di TPPS ini membuktikan peranan KPKT bukan hanya terbatas dalam penyediaan perumahan, namun turut melibatkan pengurusan dan penyelesaian isu strata.
”Selaras dengan perkembangan era digital masa kini, Presiden hendaklah bergerak seiring dengan perkembangan teknologi. Selain itu, Presiden juga perlu peka dengan keputusankeputusan Mahkamah Atasan yang akan memberi impak kepada keputusan tribunal. Imej sebagai Presiden TPPS juga perlu dipelihara terutama dari segi tingkah laku dan disiplin kerana ia akan memberi kesan kepada imej Kerajaan dan Perkhidmatan Awam secara tidak langsung.”
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Azhar bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti), YBrs. Puan D. Sunita Kaur Jessy, Pengerusi TPPS dan barisan Pegawai-Pegawai Kanan TPPS.
KPKT akan terus memberikan komitmen penuh dalam menyokong akses kepada keadilan dalam konteks penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Ini selaras dengan peranan Institusi Tribunal yang merupakan forum alternatif yang memberikan akses kepada keadilan untuk rakyat secara mudah, murah dan cepat selaras dengan hasrat Kementerian untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik dan penyediaan perumahan yang berkualiti kepada rakyat.
Pemfailan tuntutan pembeli rumah dan pengurusan strata boleh dibuat di kaunter Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) bertempat di Aras 1, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Putrajaya atau kaunter TPPS di Zon Utara (Seberang Prai), Zon Selatan (Johor Bahru) dan Zon Timur (Kuala Terengganu). Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui e-mel tribunal@kpkt.gov.my atau dengan merujuk kepada Soalan Lazim Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan Soalan Lazim Tribunal Pengurusan Strata di laman sesawang www.kpkt.gov.my.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment