3 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM NOW, jumlah kes baharu COVID-19 setakat 2 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 359 kes tempatan dan 1 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat 2 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 5,027,457.
Jumlah kes kematian direkodkan setakat 2 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 1 kes. Tiada kes BID direkodkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat 2 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 36,858.
Manakala jumlah kes sembuh setakat 2 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 423. Maka jumlah keseluruhan kes sembuh setakat 2 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 4,978,792.
Dalam pada itu setakat 2 Januari 2023, 11:59 pm seramai 16,280,153 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment