PUTRAJAYA, 28 DISEMBER 2022 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa beberapa sesi dialog awam telah diadakan secara tertutup di antara Menteri KBS Hannah Yeoh dan Timbalannya Adam Adli bersama lebih 300 atlet dan 100 persatuan sukan.
Ianya bagi berkongsi maklum balas mengenai isu-isu berkaitan sukan dan seterusnya membolehkan para peserta meluahkan pendapat mereka secara terbuka.
“Semua sesi telah diadakan pada 18 Disember, 22 Disember dan 23 Disember 2022. Sesi pada 18 Disember dihadiri seramai 140 atlet manakala sesi pada 22 Disember dihadiri seramai 180 atlet.
Sesi yang dijalankan pada 22 Disember pada sebelah petang pula telah dihadiri oleh 91 badan sukan dan sesi pada 23 Disember, dihadiri oleh 15 badan sukan yang mewakili atlet kurang upaya.” kata KBS dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut KBS, para atlet yang hadir mewakili pelbagai jenis sukan termasuk olahraga, seni mempertahankan diri, bola sepak, renang dan gimnastik manakala persatuan sukan termasuk Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Persekutuan Taekwondo Antarabangsa Malaysia, Persatuan Sukan Terjun Malaysia dan Majlis Paralimpik Malaysia.
“Antara isu yang dibangkitkan menerusi sesi tersebut adalah mengenai kebajikan atlet, khususnya selepas bersara dan selepas kecederaan; akses kepada kemudahan latihan, peluang terhad untuk menyertai pertandingan kompetitif dan keperluan untuk penyelarasan yang lebih baik antara pelbagai Kementerian.
Menteri dan Timbalan Menteri mengambil kira semua maklum balas dan akan mengadakan pertemuan dengan agensi berkaitan untuk meneliti kaedah terbaik bagi melaksanakan cadangan tersebut pada masa hadapan.” ujar KBS.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment