AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNA

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KEPADA KETUA MENTERI SABAH

110
Foto Kredit MAFS

KOTA KINABALU, 27 DISEMBER 2022 – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) YB Chan Foong Hin mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Kunjungan adalah bersempena lawatan sulung YB Chan Foong Hin ke Sabah sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 9 Disember lepas. Ia turut disertai oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Puan Hadriyani Ahmad, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan Agensi MAFS.

Menurut Chan, pertemuan dua hala ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama strategik Kementerian di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Wilayah Sabah dan Sarawak dalam menangani isu keterjaminan makanan.

Turut dibincangkan pelbagai perkara termasuk pendekatan menghormati autonomi Kerajaan Wilayah dalam bidang pertanian serta meneroka ruang kerjasama terutamanya bersama Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, yang diterajui menterinya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Tambah Chan, beliau berkongsi aspirasi serta komited untuk bekerjasama dalam pelbagai perkara terutama bagi menggalakkan pemodenan dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pertanian, selain akan meneruskan siri jelajah dalam sektor pertanian dan agromakanan di wilayah tersebut.

Pada lawatan ini juga, Chan turut mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri merentasi semua subsektor agromakanan disertai Jabatan dan Agensi berkaitan pertanian di Sabah bagi mendapatkan input, pandangan dan cadangan untuk terus memperkukuh industri pertanian secara mampan. Sesi sebegini juga akan dilaksanakan secara bersiri dan berterusan di kedua-dua wilayah Sabah dan Sarawak bagi terus memperkukuhkan agenda keterjaminan sekuriti makanan negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...