AMPolitik @ My LNA

PRK Kimanis : Pengundi diingatkan bawa Voter’s Card atau semak awal maklumat pengundian

90

12 Januari 2020 – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada hari ini menasihatkan agar para pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis membawa kad pengundi (voter’s card) pada hari pengundian dan kepada yang masih belum menerima kad tersebut hendaklah membuat semakan maklumat pengundian mereka lebih awal sebelum hari pengundian.

“Bagi pengundi yang telah menerima kad pengundi (voter’s card) atau telah mengetahui maklumat pengundian, mereka tidak lagi perlu membuat semakan di barung semakan SPR sebaliknya boleh terus ke saluran mengundi.

Manakala pengundi yang baru membuat semakan, mereka disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat-maklumat berikut iaitu pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih.” kata Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun di dalam kenyataan media hari ini.

Beliau juga mengingatkan pada pengundi supaya membawa kad pengenalan dan kad pengundi (voter’s card) atau catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran. Ini bagi memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi.

Untuk makluman, semakan maklumat pengundian boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut :

  • Portal semakan pemilih iaitu https://pengundi.spr.gov.my; atau
  • Hotline SPR di talian 03-88927018; atau
  • Aplikasi MySPR Semak; atau
  • SMS ke 15888 (taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO.KAD PENGENALAN)

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis pada 18 Januari ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) iaitu Datuk Karim Bujang dan Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Mohamad Alamin.

Pilihan Raya Kecil tersebut diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 1 Dis mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman dalam PRU14 lalu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...