AMBM @ MY LNAPengguna @ My LNA

Syarikat Tamin sumbang 1 tan barang makanan asas bantu mangsa banjir

95
Foto Kredit KPDN

PUTRAJAYA, 22 Disember 2022 – Sumbangan barangan makanan asas daripada Syarikat Tamin Sdn Bhd telah diterima oleh Food Bank Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada hari ini.

Sumbangan tersebut adalah bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di kawasan-kawasan terlibat terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor.

Menurut KPDN dalam satu kenyataan hari ini, Syarikat Tamin sentiasa tampil ke hadapan bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan B40. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Tamin Sdn Bhd, Tuan Abdul Talib bin Abdul Rahman telah menyerahkan sendiri sumbangan ini kepada Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

“Syarikat Tamin telah menyumbangkan sebanyak 1 tan barang makanan asas yang dianggarkan bernilai RM
7,300.00 bagi peringkat pertama ini dan akan melakukan penghantaran sumbangan seterusnya secara berperingkat.

Sumbangan ini kemudiannya akan diselaraskan oleh Sekretariat Food Bank Malaysia sebelum diedarkan kepada Pejabat KPDN Negeri sebelum diserahkan kepada mangsa banjir yang terlibat. Rakan Strategik Program Food Bank serta NGO yang berkenaan akan turut serta dalam pengagihan sumbangan ini untuk dihantar terus ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan yang terlibat.

Kementerian mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Tamin dan amat mengalu-alukan sumbangan dari syarikat-syarikat, organisasi-organisasi dan orang perseorangan sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya mangsa bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir” kata KPDN.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...