AMBM @ MY LNAUTAMA

Banjir : Peruntukan RM50 juta masing-masing disalurkan ke Kelantan dan Terengganu

106
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, Pasir Mas Kelantan 21 Disember 2022. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

KELANTAN 21 Disember 2022 – Kerajaan hari ini bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta masing-masing di Negeri Kelantan dan Terengganu sebagai bantuan awal untuk meringankan beban akibat bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023.

Menurut Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di sini hari ini, jumlah keseluruhan bantuan untuk kedua-dua negeri adalah sebanyak RM100 juta.

Bantuan tersebut adalah sebagai pemberian wang ihsan dan perincian adalah seperti berikut: 

  • RM1,000.00 (Ringgit Malaysia satu ribu) kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS); dan
     
  • RM10,000.00 (Ringgit Malaysia sepuluh ribu) kepada keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir (bayaran diberikan kepada KIR).

Terdahulu di Putrajaya petang tadi, Anwar mengumumkan pembatalan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023.

Katanya, ia dibatalkan setelah mengambilkira bencana banjir yang menimpa sebahagian negara pada ketika ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...