AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

GRADUAN CACAT PENGLIHATAN BERJAYA GENGGAM IJAZAH UNTUK MEMBANTU KELUARGA 

149

KUALA LUMPUR, 6 DISEMBER 2022 : Graduan cacat penglihatan, Thew Ming Soon, graduan Fakulti Sastera dan Sains Sosial berjaya menggenggam segulung ijazah dengan menetapkan matlamat yang jelas untuk berjaya dan membantu keluarga. 

Thew Ming Soon yang berasal dari Johor berkata beliau menghadapi kesukaran ketika pandemik COVID- 19 melanda dan terpaksa menukar mod pengajaran dan pembelajaran secara fizikal kepada pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. 

“Saya perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sistem dan aplikasi semasa pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kebanyakan aplikasi mudah untuk saya gunakan. 

“Antara motivasi saya untuk tamatkan pengajian ialah mempunyai matlamat yang jelas untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapatkan pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga. 

Antara pesanan Thew Ming Soon kepada pelajar-pelajar kurang upaya yang sedang melanjutkan pengajaran untuk tidak berputus asa dan percaya kepada rezeki kerana sememangnya selagi ada usaha, akan ada peluang dan rezeki untuk berjaya. 

Universiti Malaya pada tahun ini meraikan 7,863 graduan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-62 dalam 15 sidang bermula 5 Disember hingga 12 Disember 2022. Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-62 yang berlangsung pada hari ini telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al- Maghfur-Lah, Canselor, Universiti Malaya. 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...