AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Kandungan provokatif : MCMC komited percepatkan kajian ke atas kerangka kawal semasa

168

CYBERJAYA, 2 Disember 2022 – Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din menegaskan, pihak MCMC komited dalam mempercepatkan kajian ke atas kerangka pengurusan kandungan dalam talian bagi menangani kandungan berbaur provokatif yang menyebarkan isu perkauman dan
mewujudkan perpecahan dalam masyarakat di negara ini.

“Sudah tiba masanya kerangka kawal selia semasa perlu dikaji semula, mengambil kira keadaan semasa di alam siber yang dilihat di luar kawalan yang memungkinkan penyebaran kandungan-kandungan yang mengancam keselamatan dan keharmonian negara, pandangan ekstremisme dan palsu. Kajian ini meliputi kerangka kawal selia dalam aspek pelesenan, kesesuaian hukuman atau penalti semasa serta keperluan untuk memperkenalkan undang-undang baharu.

Mutakhir ini, kita melihat perkembangan serantau di mana negara-negara seperti Indonesia, Singapura dan Australia telah memperkenalkan undang-undang secara langsung dalam mengawal selia platform penyedia perkhidmatan media sosial agar mereka lebih bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan dalam menguruskan kandungan yang mengancam.

Kesemua langkah berkenaan bertujuan untuk menghindari orang ramai daripada bersifat melampau dan menyebarkan pandangan berbaur provokatif ketika berada dalam talian.” kata Mohamad Salim dalam satu kenyataan yang diedarkanhari ini.

Tambah beliau, Malaysia amat bertuah kerana mempunyai kepelbagaian dari aspek etnik, budaya, kepercayaan mahupun bahasa.

“Oleh itu, MCMC menyeru semua pihak untuk sama-sama menghormati dan menerima kepelbagaian, keterangkuman, perasaan hormat kepada kaum, agama dan Institusi Raja. Kita boleh mencapai matlamat ini dengan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang mana Rukun Negara bertujuan untuk mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.” ujarnya.

Lagi Berita Am :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...