AMPendidikan @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

1.03 Juta Pelajar Dan Belia Sertai Malaysia Techlympics 2022

229

Pulau Pinang Rangkul Tempat Teratas Dalam Pertandingan Akhir Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 27 November 2022 – Malaysia Techlympics 2022 telah berjaya memperoleh sebanyak 1.03 juta penyertaan pelajar dan belia berusia antara tujuh (7) hingga 30 tahun sepanjang tempoh sembilan (9) bulan pertandingan itu.

Direka bentuk berasaskan pendekatan inklusif, tidak formal dan interaktif untuk pembelajaran dan membina keyakinan dalam STI, Malaysia Techlympics turut memberikan pendedahan kepada 150 kanak-kanak berkeperluan khas dari lapan (8) buah sekolah dan 545 kanak-kanak orang asal menerusi program jelajah Jangkauan Keterangkuman yang dijalankan di 66 lokasi di seluruh negara.

Malaysia Techlympics 2022 dilaksanakan oleh Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) iaitu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Luar Bandar (KPLB) serta wakil-wakil Kerajaan Negeri.

Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Aminuddin bin Hassim pada Majlis Penutup Malaysia Techlympics 2022 Peringkat Akhir Kebangsaan berkata, “Inovasi dan kreativiti telah menjadi pemacu kekayaan negara-negara pada abad ke21. Dalam kata lain, ukuran kehebatan sesebuah negara pada era teknologi ini adalah berpaksikan kepada kebolehannya dalam membudayakan STI serta menyemarakkan semangat dahagakan ciptaan.”

Katanya lagi, “Apa yang istimewa mengenai Malaysia Techlympics ialah program ini turut menyelitkan elemen keusahawanan yang diharapkan dapat menyokong para inovator dan inventor muda kita untuk mengambil langkah dalam mengembangkan penciptaan idea mereka.

Dengan tema ‘Berhubung, Bersaing, Berjaya’, program perdana MOSTI ini bertujuan memupuk minat generasi muda terhadap STI melalui pendekatan yang lebih menyeronokkan. Oleh itu, pendekatan ini sekali gus dapat membudayakan belia dengan minda, set kemahiran dan aksi dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi serta melahirkan generasi penyelesai masalah dan tekno-usahawan masa hadapan.

Malaysia Techlympics 2022 juga adalah pelengkap pembelajaran STI bagi menarik lebih ramai golongan pelajar dan belia untuk menjadikan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) atau STI sebagai pilihan kerjaya masa hadapan, seterusnya mengguna pakai pengetahuan mereka dalam kehidupan harian.

Penyertaan dalam Malaysia Techlympics adalah secara berkumpulan dan setiap pertandingan yang disusun adalah berdasarkan ‘Penyelesaian Masalah’ di mana para peserta akan menjana idea inovasi berdasarkan tema yang telah ditetapkan.

Sebanyak 32 pertandingan di bawah lima (5) tema utama telah dianjurkan yang tertumpu kepada bidang-bidang membabitkan Sains, Kejuruteraan, Pengkomputeran dan Mikro-Komputer, Internet Benda (IoT), Robotik, Dron, Matematik, Reka Bentuk Kreatif dan Animasi serta Percetakan dan Pembangunan Tiga Dimensi (3D).

Untuk pemenang keseluruhan, Pulau Pinang berjaya merangkul taktha pemenang keseluruhan dengan membawa pulang sebanyak 7 pingat emas, 7 pingat perak dan 2 pingat gangsa.

Sejak Malaysia Techlympics dilancarkan pada bulan Mac yang lalu, pelbagai aktiviti pembelajaran telah dilaksanakan seperti Kuiz Superstar Sains, Sesi Tutorial Pengangkutan Masa Hadapan, Bengkel Belajar Dengan Arduino, Webinar Teknologi Masa Depan: Pengaturcaraan Robotik Maya, simulasi Sains Penerbangan, Bengkel Matematik Praktikal untuk Pendidik, Webinar BYOD (Bina Reka Bentuk Anda Sendiri) dan mencipta animasi AR/VR.

Kebanyakan sesi pembelajaran ini diajar oleh golongan profesional, pengamal dan ahli akademik selaras dengan objektif untuk memupuk budaya pembelajaran melangkaui bilik darjah. Selain itu, sesi pembelajaran rakan sebaya, pembentangan dan pameran oleh Ikon Inovator Muda juga telah disusun.

Di bawah program jangkauan keterangkuman ini, sebanyak 26,645 pelajar dan 545 guru serta pensyarah telah melibatkan diri dalam aktiviti Malaysia Techlympics 2022. Di samping itu, seramai 5,800 guru turut mendapat manfaat kursus Latihan Tenaga Pengajar atau Training of Trainers dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran bidang STI.

Turut disampaikan Anugerah Saintis Muda Negara (Sains Fizikal) dan Anugerah Juruteknik Sains Negara 2022 yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000, sijil beserta trofi. Anugerah Saintis Muda Negara merupakan pengiktirafan terhadap pencapaian saintis muda dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains dan teknologi (S&T), manakala Anugerah Juruteknik (Sains) Negara pula memberi pengitirafan terhadap pencapaian cemerlang oleh Juruteknik bidang sains dan teknologi (Juruteknik atau Pembantu Makmal) serta kakitangan separa profesional yang berkaitan dengan S&T. Anugerah-anugerah ini merupakan anugerah di bawah program Minggu Sains Negara 2022.

Dr Ang Wei Lun, Anugerah Saintis Muda Negara (Kategori Fizikal) 2022 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memegang jawatan pensyarah dan penyelidik. Puan Siti Hajar Bilal, Anugerah Juruteknik Sains Negara 2022 dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) jawatan juruteknik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Techlympics 2022, anda dijemput untuk melayari laman web rasmi www.techlympics.my.

Lagi Berita Am :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...