13 November 2022 – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan bahawa perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan kembali dibuka sepenuhnya kepada pengguna mulai esok, Isnin, 14 November 2022 jam 6.00 pagi.
Katanya, pengoperasian semula ini juga adalah 2 hari lebih awal daripada yang dijangkakan.
“Hari ini saya telah menaiki tren LRT Laluan Kelana Jaya untuk meninjau dan menguji keberkesanan sistem dan keselamatan operasi.
Saya amat berpuas hati dengan analisa keatas ujian meluas yang dijalankan.
Setelah APAD mengesahkan kestabilan sistem kawalan tren automatik (ATC) dan mengisytiharkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya selamat untuk beroperasi sepenuhnya, saya kemudiannya memaklumkan bahawa perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan kembali dibuka sepenuhnya kepada pengguna mulai esok, Isnin, 14 November 2022 jam 6.00 pagi. ” kata Wee menerusi dalam satu catatan di Facebook rasmi beliau hari ini.
Tambahnya, pampasan tiket selama 7 hari akan diberikan walaupun pemberhentian perkhidmatan selama 5 hari akan diberikan kepada para pengguna yang terjejas.
KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024...
Byhebahan amMay 6, 2024Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...
ByE NEWSMay 6, 2024Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...
Byhebahan amMay 6, 2024Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...
Byhebahan amMay 6, 2024
Leave a comment