AM

LRT Laluan Kelana Jaya: Ujian-Ujian Lanjutan Giat Dijalankan

66

KUALA LUMPUR, 12 November 2022 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), operator perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel di Lembah Klang, kini sedang giat menjalankan ujian-ujian lanjutan menyeluruh bagi memastikan kestabilan sistem sebelum mengambil keputusan untuk membuka semula perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya.

Ujian pergerakan tren yang telah dimulakan semenjak 9 November masih lagi berjalan. Pergerakan tren merangkumi keseluruhan jajaran LRT Laluan Kelana Jaya, melibatkan 38 buah tren, telah dijalankan selama dua hari berturut-turut dan setakat ini pemerhatian ke atas sistem-sistem kritikal keselamatan adalah stabil.

Ujian lanjutan yang juga melibatkan 38 tren akan diteruskan lagi bermula jam 11 malam ini sehingga jam 5 pagi.

Selain itu, ujian terperinci ke atas sistem persemboyanan dan komunikasi juga turut dijalankan.

Ujian-ujian ini adalah penting dalam menentukan kestabilan serta keboleharapan, sebelum sebarang keputusan untuk membuka sepenuhnya LRT Laluan Kelana Jaya boleh dibuat.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya hanya akan dibuka kepada orang ramai setelah ujian-ujian yang dijalankan tidak menunjukkan sebarang gangguan kepada sistem kritikal keselamatan, dan lulus penilaian oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat : APAD

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...