Politik @ My LNAPRU15

Tan Sri Rozali Ismail dan GWGF beri sokongan penuh kepada Barisan Nasional

905

SHAH ALAM, 4 November 2022 – Presiden, Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail mengumumkan bahawa beliau dan kepimpinan tertinggi GWGF telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dan tidak mengwujudkan parti baru dalam PRU ke 15 nanti.

Dalam satu sidang media yang diadakan di sini semalam, beliau turut menyatakan bahawa beliau dan GWGF telah membuat keputusan untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke 15.

Katanya keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira faktor-faktor dan track record parti yang bertanding dalam PRU 15 di samping pencapaian dan apa yang telah mereka laksanakan dari dulu selepas Merdeka hingga kini.

“Jika terdapat mana-mana individu dari GWGF yang bertanding di PRU 15 ini yang mewakili parti-parti lain selain Barisan Nasional maka keputusan itu adalah keputusan peribadi mereka sendiri dan tidak mewakili GWGF.

Namun jika terdapat ahli GWGF yang bertanding mewakili Parti UMNO dan BN, maka pihak GWGF akan membantu dan menyokong calon ini.

UMNO dan BN telah terus menerus memberi sumbangan, bantuan dan masih bertanggungjawab menjaga kepentingan Peneroka dan generasi baru anak-anak peneroka semasa menjadi kerajaan atau tidak dalam kerajaan (Dalam tempoh 22 bulan dibawah kerajaan Pakatan Harapan) semenjak Negara
mencapai kemerdekaan.” jelasnya.

Rozali turut menyatakan keyakinan beliau bahawa jika UMNO dan BN diberi peluang untuk membentuk kerajaan yang berkuasa penuh selepas PRU 15, parti tersebut akan melaksanakan banyak pembaharuan dan penambahbaikan dalam perkara-perkara yang tidak betul seperti yang disuarakan oleh GWGF dalam banyak, forum dan memorandum yang dimajukan kepada Kerajaan dan FELDA seperti:

  • Urus tadbir mesti lebih baik dan bebas rasuah.
  • Mengkaji semula sistem pengurusan ladang yang berat sebelah dan membetulkan perjanjian yang sedia ada.
  • Perumahan Generasi Baru FELDA.
  • Pengurusan ladang dan masyarakat yang lebih efektif dan tersusun dan projek-projek baru seperti Universiti FELDA, Hospital FELDA, dan penyusunan semula anak-anak syarikat FELDA dan FGV.
  • Penglibatan generasi baru, belia, wanita dan anak-anak peneroka yang profesional dalam pengurusan dan urus tadbir FELDA dan FGV.

“Untuk tujuan itu saya bagi pihak Majlis Tertinggi GWGF dan badan-badan yang bergabung, menyeru agar semua masyarakat Peneroka FELDA dan Generasi Baru Anak-Anak Peneroka yang telah dan akan mengundi di PRU 15 ini memberikan undi mereka kepada calon-calon dari UMNO dan BN dan pastikan masyarakat Peneroka keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab ini dan pastikan kemenangan besar kepada UMNO dan BN.

Janganlah kita lupa jasa dan pengorbanan Pemimpin UMNO dan BN dalam kerajaan yang telah mengwujudkan FELDA dan mereka banyak bantu masyarakat Peneroka dan Generasi Baru.” kata Rozali.

Tambah beliau, track record UMNO dan BN dari Merdeka lagi telah menjamin kestabilan negara yang berbilang bangsa lebih dari 50 tahun disamping yang penting jaminan Institusi yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia terus utuh dan bangsa Melayu terus dibela, dengan wujudnya berbagai dasar polisi, bantuan, program seperti Dasar Ekonomi Baru wujudnya FELDA, FELCRA, RISDA, MARA dan agensi-agensi berteraskan Syariah dan Islam seperti Bank Islam, Takaful Islam, Universiti Islam dan lain-lain.

“Secara amnya juga UMNO dan BN telah dapat menjamin keharmonian kaum dari pelbagai bangsa yang telah hidup aman damai dan sama-sama mengecapi dan mendapat faedah dari kemajuan Negara Malaysia yang kita cintai.

Track record seperti di atas belum ada atau belum pasti ada kepada parti-parti lain.” kata Rozali.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...