AMEkonomi @ My LNA

Kerajaan ada wang laksana Bajet 2023 – PM

140

BERA, 16 Oktober 2022 (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan mempunyai wang bagi melaksanakan Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Okt lepas, yang merupakan belanjawan terbesar pernah disediakan melibatkan peruntukan RM372.3 bilion.

“Apabila kita mengumumkan bajet dalam Parlimen, itu bermaksud kita telah mempunyai duit untuk melaksanakan setiap yang dijanjikan…sudah ada duit cuma (bajet) belum lulus lagi.

Kalau mahu bajet yang cantik sebegini dilaksanakan, undilah kita dan barulah (bajet) boleh dibentang semula dan diluluskan,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Hari ini, beberapa media melaporkan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kemampuan kerajaan melaksanakan inti pati Bajet 2023 kerana mendakwa antara lain kerajaan kekurangan dana dan kurang kecekapan untuk melaksanakan projek.

Ismail Sabri juga menegaskan bajet itu, yang dibuat dengan mencakupi semua lapisan masyarakat, menyasarkan manfaat kepada akar umbi dan bukannya hanya ‘taikun’ seperti dakwaan sesetengah pihak.

Perdana Menteri berkata perbelanjaan pembangunan antaranya melibatkan infrastruktur luar bandar seperti jalan raya dan jambatan, turut membabitkan kontraktor kecil, dengan mengambil contoh projek kecil dan sederhana melibatkan peruntukan RM3.7 bilion, akan memanfaatkan kira-kira 5,000 kontraktor kelas G1 hingga G4.

“Tambahan pula projek yang dilakukan adalah untuk kebaikan rakyat. Infrastruktur luar bandar, siapa yang mendapat manfaatnya? Setiap projek pembangunan faedah adalah kepada kepada akar umbi termasuk semua masyarakat Orang Asli.

Untuk kesihatan, saya mengarahkan supaya menambah peruntukan kesihatan kepada Sabah dan Sarawak kerana klinik desanya terlalu daif, begitu juga untuk aspek pendidikan, turut ditambah di Sabah dan Sarawak kerana sekolahnya begitu daif. Ini bukan soal kontraktor besar tetapi untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Ismail Sabri juga menempelak tindakan pembangkang yang gagal menunaikan manifesto yang dicanang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga akhirnya menyebabkan Dr Mahathir, sebagai Perdana Menteri ketika itu, mengeluarkan kenyataan manifesto bukan kitab suci yang wajib ditunaikan.

– BERNAMA

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...