Home AM YPM salur lebih RM7 juta bantu pendidikan pelajar luar bandar
AMKHASLUAR BANDARPendidikan

YPM salur lebih RM7 juta bantu pendidikan pelajar luar bandar

KUALA NERANG, 16 Oktober 2022 – Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyalurkan peruntukan lebih RM7 juta bagi melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporatnya tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bantuan itu disalur menerusi 10 program utama YPM.

“KPLB menerusi YPM mengambil inisiatif membantu Keluarga Malaysia di pedalaman dan luar bandar dengan menyediakan pelbagai bantuan pendidikan dan sumbangan dalam meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa agar anak-anak mereka tidak tercicir daripada arus pendidikan.”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi YPM, Datuk Mohd Razman Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Mohd Amran Mohd Ariffin.

Jelas Mahdzir, antara program CSR YPM termasuklah Tuisyen Pintar YPM@KPLB, Skim Anak Angkat, Program Fast Track SPM dan Program Celik Al-Quran.

Turut ada, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Skim Bantuan Persekolahan, Skim Bantuan Khas Persekolahan, Skim Dana Ehsan Pendidikan, Skim Semarak Ilmu dan Skim Pendidikan Tertiari.

“Pembiayaan pendidikan, bantuan pendidikan, sumbangan zakat serta pinjaman pendidikan adalah antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah KPLB dalam usaha mengatasi masalah bagi mendapat pendidikan sempurna”, katanya.

Katanya, tiga program YPM iaitu Skim Bantuan Persekolahan, Skim Bantuan Khas Persekolahan dan Skim Dana Ehsan Pendidikan menerima peruntukan tertinggi iaitu lebih RM2.9 juta.

Program itu memberi manfaat kepada 24,667 orang pelajar daripada kumpulan B40 di seluruh negara.

Mengenai dana bagi YPM menjalankan program CSRnya, Mahdzir berkata, ia disalurkan oleh KPLB melalui Mara selain sumbangan dan tajaan oleh syarikat korporat serta individu.

Justeru beliau menyeru lebih banyak syarikat korporat dan individu dapat menghulurkan sumbangan bagi membolehkan YPM menggerakkan lebih banyak programnya.

Jelas Mahdzir, setiap sumbangan atau tajaan kepada YPM, akan menerima pengecualian cukai daripada kerajaan.

Sementara itu pada majlis yang sama, Mahdzir menyampaikan sumbangan CSR YPM kepada 18 buah sekolah di daerah Padang Terap berjumlah RM95 ribu.

Turut disampaikan, Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2021 dan Anugerah Penghargaan Agensi-agensi Kerajaan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMJENAYAHMY LNA

OP Soga IX benteras aktiviti perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan...

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat sedikit

29 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMMY LNA

Penjawat awam diminta bekerjasama dengan kerajaan bagi kembalikan kegemilangan negara

PUTRAJAYA, 29 November 2022 – Penjawat awam diminta bekerja sama dengan kepimpinan...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...