Wanita UMNO Malaysia menyambut baik keprihatinan dan komitmen kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam memperkasakan peranan wanita melalui inisiatif-inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2023, bertepatan dengan temanya “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama”.
Inisiatif-inisiatif yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Bajet 2023 jelas begitu prihatin dalam soal pembelaan nasib wanita antaranya dengan penubuhan Tribunal Anti Gangguan Seksual bagi mengatasi isu gangguan seksual dalam kalangan wanita di negara ini.
Bagi melengkapi inisiatif ini, satu sistem sokongan turut disediakan dengan penubuhan Pusat Sokongan Sosial Setempat sebagai intervensi awal yang menyediakan perkhidmatan advokasi psikologi dan kaunseling.
Wanita UMNO juga menyambut baik usaha mengupaya wanita di dalam sektor ekonomi dengan penyediaan dana pembiayaan khas untuk wanita melalui skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, DanaNITA MARA, dan Biz Lady Bank Rakyat. Bantuan ini merupakan satu pengiktirafan kepada wanita sebagai daya penggerak utama produktiviti dan ekonomi negara.
Wanita UMNO menghargai dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada wanita seperti mana yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan dimana komposisi ahli lembaga pengarah wanita bagi 100 syarikat senaraian awam utama kini telah mencecah 29 peratus. Ini selari dengan agenda 30 peratus penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan yang diperjuangkan oleh Wanita UMNO selama ini.
Wanita UMNO juga menyambut baik keprihatinan kerajaan dengan pengumuman inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia yang memperuntukan kepada ibu-ibu dari kalangan penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023, diberikan bantuan tunai sebanyak RM500. Pemberian ini melambangkan keprihatinan kerajaan kepada kaum ibu di negara kita.
Banyak lagi inisiatif yang turut dibentangkan dalam membela dan memperkasa wanita di negara ini. Atas dasar keprihatinan kerajaan ini, Wanita UMNO mengucapkan jutaan terima kasih dan berharap dengan sokongan berterusan terhadap wanita ini, ianya mampu mengangkat martabat wanita sekaligus menjadi pemangkin kepada wanita untuk terus maju dan berdaya saing.
Dr. Noraini Ahmad
Ketua Wanita UMNO Malaysia
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment