8 Oktober 2022 – Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata peruntukan kepada MITI dalam Bajet 2023 berjumlah RM1.557 bilion
yang meliputi peruntukan mengurus sebanyak RM625.09 juta dan peruntukan pembangunan bernilai RM932.45 juta, akan terus memperkasa inisiatif-inisiatif MITI dan 13 agensi di bawahnya untuk mencerdaskan ekonomi negara agar sentiasa berdaya saing khususnya dalam membangunkan industri, meningkatkan perdagangan antarabangsa dan menarik pelaburan berkualiti.
Kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini, MITI akan teruskan usaha mengekalkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang terpilih demi pelaburan baharu yang berkualiti tinggi, berteknologi tinggi dan berteknologi hijau.
Katanya ia seiring dengan usaha Dasar Pelaburan Baharu (NIP) yang baru dilancarkan yang memberi penekanan kepada Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan melonjakkan trajektori pertumbuhan jangka panjang negara.
“MITI terus komited untuk mengorak langkah mencipta kekayaan negara, memacu pertumbuhan ekonomi lestari, menyediakan peluang pekerjaan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan menjamin kemakmuran bersama. Dalam usaha kita menghadapi cabaran, MITI akan melakukan yang terbaik untuk negara dan rakyat.
Ini sekaligus menyokong pelaksanaan dasar-dasar utama seperti Rancangan Malaysia Kedua Belas, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Dasar Pelaburan Baharu Berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 (Industry4WRD), Rangka Tindakan Perdagangan Nasional 2021-2025 dan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020).” kata Azmin.
Tambahnya, sebagai usaha untuk memelihara alam sekitar yang bersih, penawaran kereta elektrik (EV) ke dalam pasaran negara adalah digalakkan. Justeru, MITI telah berbincang dengan Kementerian Kewangan di mana Kerajaan bersetuju memberi pengecualian bayaran fi AP sebanyak RM10,000 ke atas setiap unit EV yang diimport oleh syarikatsyarikat pemegang lesen import (AP) terbuka yang telah dilantik oleh MITI.
“Pengecualian ini diharap akan menyokong usaha MITI dalam meningkatkan penawaran kereta EV di pasaran yang secara langsung dapat membantu membangunkan ekosistem EV selaras dengan NAP 2020 serta sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai hab automotif serantau bagi pengeluaran Kenderaan
Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) termasuk EV.” kata Azmin.
Berkenaan dengan pembangunan belia, Azmin berkata bahawa MITI telah melancarkan beberapa inisiatif termasuk Academy in Factory (AiF) oleh MPC dan Program Employability and Re-Training Local Talent (ERT) oleh MARii melibatkan pendekatan holistik terhadap pendidikan dan latihan TVET.
“Program dan usaha ini berjaya memenuhi keperluan industri bagi tenaga mahir dalam sektor pembuatan dan lepas jualan, sekaligus membangunkan tenaga kerja mampan dan memberi belia tempatan peluang cerah untuk mendapat pekerjaan yang berkualiti, di samping meningkatkan prestasi pencapaian pendidikan rakyat.” jelas Azmin.
- Celebrating 50 Years of Bahrain-Malaysia Diplomatic Relations
- Trend Micro Safeguarding Cloud Data of Healthcare AI Innovation Leader
- 68 per cent of Gen Zs not confident about maintaining good physical health in old age; least confident generation
- Social Enterprise Summit 2024 Collaborate and Innovate to Respond to Complex Social Issues and Shaping Hong Kong’s Social Entrepreneurship Ecosystem
- Forvis Mazars celebrates new network formation in APAC, announces strong growth in Singapore
Leave a comment