KUALA LUMPUR 26 September 2022 – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebenarnya berasal dari golongan miskin di mana ketika masih bersekolah, beliau berniaga sayur dan ikan di pasar sehari di Temerloh bagi mencari pendapatan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Dato’ Dr. Zuraidi Ishak, Ismail Sabri tidak perlu turun jauh ke kampung-kampung untuk memahami masyarakat yang miskin kerana beliau sendiri berasal dari golongan itu.
“Jadi dia tidak perlu pura-pura turun ke bawah nak (untuk) faham. Dia dah faham dah. Dia lahir dalam suasana tersebut.” kata Dr Zuraidi ketika ditemubual di dalam rancangan Bicara Naratif terbitan RTM pada Isnin.
Dr. Zuraidi turut berkongsi pengalaman beliau dan Ismail Sabri pernah naik bot bersama-sama ke Pulau Tioman bagi menjalankan projek Bakti Siswa dan juga bagi memahami situasi masyarakat kampung di situ.
“Ketika itu dia (Ismail Sabri) adalah Presiden Mahasiswa Universiti Malaya dan daripada situ saya rasa mencetuskan minat beliau untuk mejadi orang politik.
Dia perlu bergiat dalam politik untuk membantu bersama-sama selesaikan masalah rakyat.” kata Dr. Zuraidi.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment