AMLuar Bandar @ My LNA

Masalah pekebun kecil getah akan di bawa ke mesyuarat kabinet Rabu ini

88

KUBANG PASU, 19 September 2022- Masalah harga komoditi getah di bawah paras harga siling yang dihadapi oleh penoreh getah dan pekebun kecil ketika ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, pada Rabu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Kementeriannya dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah mengadakan perbincangan bersama pada Isnin lalu bagi menentukan inisiatif untuk meningkatkan pendapatan penoreh getah.

“Kedua-dua kementerian ini ada kolaboratif dan perkara ini saya fikir nak selesaikan minggu ini juga, bukan minggu hadapan.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Universiti Utara Malaysia (UUM) Membina Kesejahteraan Rakyat (Mekar) 2022 di kampus UUM Sintok, dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UUM, Profesor Haim Hilman Abdullah serta Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) Negeri Kedah, Zainol Abidin Mohamad.

Jelas Mahdzir, pihaknya akan membentangkan hasil perbincangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada esok (Selasa) sebelum di bawa ke Mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Kerajaan katanya, memberi jaminan ada inisiatif tertentu yang sedang diusahakan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah keluar dari kemelut harga yang rendah.

“Kadang-kadang kita terlepas pandang golongan penoreh dan hanya nampak pekebun kecil yang merupakan pemilik tanah semata-mata. Dalam hal ini, kedua-dua golongan tersebut wajar diberi perhatian,” katanya.

Minggu lalu Mahdzir berkata, KPLB sedang merangka dua cadangan untuk diusulkan kepada Ismail Sabri bagi manfaat pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Dua syor tersebut ialah sama ada menaikkan harga lantai getah sekerap daripada RM2.50 sekilogram atau melanjutkan tempoh Bantuan Musim Tengkujuh daripada tiga bulan kepada enam bulan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...