19 September 2022 – Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023 akan diumumkan pada
25 September 2022.
Kata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini, ianya seperti seperti mana yang telah dimaklumkan sebelum ini di Aplikasi Bahagian Kemasukan ke UA.
Jelas KPT keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 25 September 2022, jam 12.00 tengah hari hingga 04 Oktober 2022, jam 5.00 petang melalui pautan berikut:
i. https://jpt.utm.my
ii. http://jpt.uum.edu.my
iii. https://jpt.unimas.my
iv. http://jpt.ums.edu.my
v. http://jpt.umt.edu.my
atau melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.
“Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 26 September hingga 04 Oktober 2022 di laman web rasmi UA. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 September 2022 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran program pengajian sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dalam tempoh 10 hari mulai 25 September 2022, jam 12.00 tengah hari sehingga 04 Oktober 2022, jam 5.00 petang.” kata KPT.
Tambahnya tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan.
“Dasar pemilihan RAYUAN adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.” kata KPT.
- Hong Kong Brands & Influencers Unite to Embrace Being Never Normal
- Coda Bridge and StraitsX Collaborate on Blockchain-Powered Charity Initiative to Support Singapore’s Disadvantaged Communities
- Hoa Sen Home emerges as Vietnam’s leading building materials & furniture supermarket chain
- Acclaim Insurance Brokers Celebrates 40th Anniversary with Enterprise 50 Award
- Mengniu Driving Development of Innovative HMO Nutritional Ingredients
Leave a comment