AM

Pencapaian Utama Kementerian Kewangan Malaysia 2019

121

PUTRAJAYA 31 Disember 2019 – Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pada hari ini mengeluarkan dokumen bertajuk Pencapaian Utama Kementerian Kewangan Malaysia 2019 bagi memaklumkan kepada rakyat di seluruh Malaysia akan pencapaian dan inisiatif oleh MOF yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.

10 Pencapaian utama MOF adalah seperti berikut :

  1. Menjalankan Reformasi Institusi – Pembaharuan dijangka dapat meningkatkan keberkesanan perbelanjaan Kerajaan dan mengurangkan risiko pendedahan hutang untuk tempoh 20 tahun yang akan datang.
  2. Mengekalkan Penarafan Kredit Malaysia – Mencerminkan keyakinan pelabur dan komuniti perniagaan terhadap ekonomi negara.
  3. Mengurangkan Hutang dan Liabiliti – Mengawal peruntukan bayaran khidmat hutang dan tidak mendedahkan risiko Kerajaan menjadi bankrap kerana beban hutang yang berlebihan.
  4. Ke Arah Urustadbir CAT – Cekap, Akauntabel dan Telus – Memberi penjimatan kos dan nilai faedah yang terbaik.
  5. Peningkatan Kedudukan Malaysia dalam Indeks Menjalankan Perniagaan (Ease Of Doing Business) – Menarik minat pelaburan asing dan tempatan.
  6. Malaysia Terus Menjadi Destinasi Pilihan Pelaburan – Mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan yang berkualiti.
  7. Subsidi dan Bantuan Untuk Kebajikan Rakyat Dinaikkan Daripada RM22.3 Bilion bagi tahun 2019 kepada RM24.2 Bilion bagi tahun 2020 – a) Memberikan bantuan kepada rakyat dan meringankan kos sara hidup yang tinggi terutamanya golongan B40. b) Membantu pesakit-pesakit dengan menghulurkan jaringan keselamatan kesihatan minimum sebanyak RM2 Bilion.
  8. Pas Bulanan RM100 – Membelanjakan RM115 Juta dari Januari-September 2019 untuk membiayai subsidi pengangkutan awam.
  9. Pelaksanaan SST Menggantikan GST – Rakyat membayar kurang cukai RM10 bilion selepas pemansuhan GST dan mengawal kadar inflasi kepada 1% berbanding dengan 3.7% sebelum ini.
  10. Had Paras Runcit Produk Petrol RON 95 Dikurangkan – Subsidi petrol kepada pengguna mencecah RM6 Bilion untuk 11 bulan pertama 2019.

Dokumen lengkap boleh dimuat turun di SINI.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKatĀ® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...