AMEkonomi @ My LNALuar Bandar @ My LNA

KPLB akan kemuka cadangan baharu bagi tingkat pendapatan pekebun kecil RISDA

359

PADANG TERAP, 11 September 2022 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengesyorkan dua cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil dibawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, cadangan yang akan dikemukakan adalah meningkatkan harga lantai getah sekerap daripada RM2.50 ketika ini, kepada lebih RM3.

Satu lagi cadangan adalah memanjangkan tempoh bantuan musim tengkujuh daripada tiga bulan kepada enam bulan setiap tahun.

“Bagi cadangan memanjangkan tempoh bantuan musim tengkujuh dari tiga bulan ke enam bulan, kos di pihak kerajaan akan meningkat dari RM200 juta ketika ini kepada RM400 juta setahun.

Manakala untuk bagi cadangan untuk meningkatkan harga lantai melebihi RM3 pula, kos keseluruhan diperlukan, dijangka mencecah RM500 juta.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Pekebun Kecil Makmur RISDA Peringkat Negeri Kedah di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, dekat sini, hari ini.

Tambah Mahdzir, kerajaan boleh memilih mana-mana cadangan yang difikirkan sesuai dan mengikut kemampuan kewangan kerajaan.

“Perbezaannya kosnya nampak tidak ketara dalam membantu pekebun kecil dan mungkin kerajaan boleh pertimbangkan untuk melaksanakan salah satu daripadanya, bergantung kepada cadangan mana yang lebih baik.”

Pihaknya kata Mahdzir bersama pengurusan tertinggi RISDA akan membincangkan inisiatif tersebut bersama Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi minggu depan.

“Selepas itu, cadangan ini akan dibawa kepada perbincangan bersama Kementerian Kewangan. Apabila selesai perbincangan bersama tiga kementerian ini, inisiatif tersebut akan diangkat kepada Perdana Menteri secepat mungkin.

Di peringkat itu, terpulang kepada Perdana Menteri sama ada untuk mengarahkan kami membuat kertas kerja bagi diangkat ke Kabinet atau ada keputusan lain,” katanya.

Tambahnya, kertas kerja tersebut turut akan memberi perhatian terhadap golongan penoreh getah yang tidak mempunyai kebun atau tanah sendiri.

“Kadang-kadang beberapa pihak terlepas pandang terhadap golongan ini. Bagi pemilik kebun, mereka ada geran bagi mendaftar untuk mendapat beberapa faedah tetapi bagaimana pula nasib golongan penoreh getah yang tidak memiliki tanah ini?

Jadi, kita mahu turut memberi perhatian terhadap golongan ini. Kita mahu turut raikan mereka agar pendapatan masing-masing, dapat ditingkatkan,” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...