AM

Isu insiden penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih: Kertas siasatan dibuka – SPAN

159

CYBERJAYA 30 Disember 2019 – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui Bahagian Penguatkuasaan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat insiden penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih akibat pencemaran bau pada 21 Disember 2019 yang lalu. Siasatan telah dimulakan dengan kerjasama bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Sumber foto Peraktoday

Menurut SPAN di dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, walaupun bekalan air ke empat (4) wilayah yang terjejas telah pulih sepenuhnya pada 26 Disember 2019 yang lalu, SPAN tidak menganggap ianya selesai selagi suspek/individu penyebab berlakunya pencemaran tersebut tidak diambil tindakan sewajarnya.

” Untuk itu, kertas siasatan telah dibuka di bawah peruntukan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) melalui Seksyen 61 (1)(b) yang merujuk kepada perbuatan salah melepaskan apa-apa efluen atau bahan berbahaya ke dalam pembetung awam yang jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pelaku yang didapati bersalah juga boleh didakwa di bawah Seksyen 121 (1)(c) yang merujuk kepada seseorang yang mencemarkan atau menyebabkan mana-mana alur air atau sistem bekalan air dengan apaapa bahan yang berkemungkinan akan membahayakan nyawa mana-mana orang, yang jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. ” tegas SPAN.

Tambah SPAN, sebagai langkah pencegahan dari berulang, kerja-kerja penutupan (seal) bagi kesemua lurang kumbahan (manhole) telah dilakukan oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) di sekitar Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Bandar Bukit Mahkota, Bangi, yang bertujuan bagi mengelakkan perbuatan pembuangan sisa secara haram berulang pada masa hadapan.

Pada 21 Disember 2019 yang lepas, insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih telah berlaku yang mengakibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihentitugas. Pencemaran bau tersebut telah dikenalpasti berpunca daripada Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Indah Water Konsortium (IWK) Bukit Mahkota.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...