AM

Isu Influenza : Peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal

224

PUTRAJAYA 31 Disember 2019 – Jangkitan influenza tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan / notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Oleh yang demikian, di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiada rekod bagi setiap satu kes jangkitan influenza yang berlaku di Malaysia. Namun begitu pemantauan aktiviti influenza ini dilakukan sepanjang tahun oleh KKM bagi mengenalpasti tren jangkitan influenza di Malaysia dan mengesan sekiranya terdapat perubahan luar biasa pada virus influenza ini.

Sumber Foto Facebook Rasmi Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah di kenyataan akhbar pada hari ini, bagi negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia, jangkitan influenza dilaporkan berlaku sepanjang tahun, namun dalam julat yang kecil dan perkara ini berbeza berbanding negara-negara yang beriklim sederhana dan sejuk, di mana jangkitan influenza ini berlaku secara bermusim – khususnya pada musim sejuk. Sehubungan itu, pemantauan aktiviti influenza ini dilakukan sepanjang tahun bagi mengenalpasti tren jangkitan influenza di Malaysia dan mengesan sekiranya terdapat perubahan luar biasa pada virus influenza ini.

“Pemantauan survelan influenza meliputi kadar konsultasi kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI). Selain itu, kejadian wabak yang berkaitan dengan jangkitan saluran pernafasan juga dipantau secara harian. Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga bertanggungjawab bagi memantau sebarang perubahan kepada virus influenza yang terdapat di Malaysia.

Justeru, berdasarkan tren yang direkodkan dari aktiviti survelan tersebut, terdapat sedikit peningkatan kes ILI dan SARI semenjak pertengahan bulan Disember 2019. Namun begitu, peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal dan hampir sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Begitu juga, tiada peningkatan ketara bagi kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan dilaporkan dalam tempoh yang sama. Manakala, analisa terhadap virus influenza yang dikesan dari aktiviti survelan ini tidak menunjukkan sebarang tanda ianya telah mengalami mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza yang baru (novel virus).” jelas Dr. Noor Hisham.

Tambah beliau, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan mengamalkan cara hidup sihat.

“Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza adalah dinasihatkan untuk mengamalkan perkara-perkara berikut iaitu berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai dan sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask) dengan betul.

Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin dan tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah.

Mengelakkan dari berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan sebagainya dengan individu yang lain dan segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk / sakit tekak yang berterusan.” nasihat Dr. Noor Hisham.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...