Pelancongan @ My LNA

MOTAC sasar kemasukan sebanyak 9.2 juta pelancong bagi suku tahun ke-4

121
Tourism with backpack walking on wooden path, Vang vieng in Laos.

29 Ogos 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menyemak semula sasaran baru ketibaan pelancong dan pendapatan bagi suku tahun ke-4 iaitu kemasukan sebanyak 9.2 juta dengan nilai pendapatan pelancongan sebanyak 26.8 bilion.

Kata MOTAC, unjuran terbaharu itu dibuat berdasarkan pelbagai usaha secara agresif yang dilakukan oleh MOTAC dalam mengadakan misi penggalakkan pelancongan di luar negara bagi menarik minat pelancong datang ke Malaysia.

“Selain itu, dengan pembukaan semula pintu sempadan negara Brunei bermula pada 1 Ogos 2022 yang lalu, dijangkakan dapat meningkatkan lagi jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia.

MOTAC yakin sasaran ini dapat dicapai berdasarkan situasi semasa perkembangan positif industri pelancongan yang mana lebih banyak negara melonggarkan syarat keluar dan masuk.

Dengan perkembangan ini juga, MOTAC berharap sektor pelancongan negara dapat dipulihkan dengan segera dan kembali menjadi antara sektor penyumbang utama pendapatan negara.” kata MOTAC dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sasaran itu diharap dapat menaikkan semangat semua penggiat industri untuk bekerja lebih kuat bagi memastikan ianya berjaya dicapai dan sektor pelancongan negara kembali berdaya saing.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles