AM

HEP UM SAMBUT BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA BAGI MENANAM SEMANGAT PATRIOTISM DAN CINTAKAN NEGARA

269

Seramai 100 orang warga kerja Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Malaya mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia bagi tahun 2022 untuk menanam semangat patriotism dan cintakan negara.

Timbalan Naib Canselor (HEP), Universiti Malaya, Profesor Dr. Sabri Musa telah merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat HEP Tahun 2022 yang dihadiri oleh warga kerja HEP dan diserikan dengan tema pakaian warna Jalur Gemilang.

“Antara objektif utama program ini adalah untuk menanam semangat patriotism dan cintakan negara di kalangan warga kerja HEP di samping menghayati sejarah perjuangan pahlawan dan pemimpin terdahulu dalam mencapai kemerdekaan dan pembentukan sebuah negara berdaulat.

“Program ini juga bertujuan merapatkan hubungan silaturahim sesama staf yang berbilang bangsa dan agama sebagai satu Keluarga Malaysia yang bersatu padu bak kata pepatah Bersatu Teguh, Bercerai Roboh. Ini juga selari tema Hari Kebangsaan tahun ini “Keluarga Malaysia: Teguh Bersama”.

Dalam ucapan pelancaran tersebut, TNC (HEP) mengharapkan semua warga kerja HEP dapat menghayati semangat patriotisme dan menghargai pengorbanan setiap pejuang kemerdekaan sehingga Malaysia menjadi sebagai negara Merdeka. Beliau turut menghargai setiap sumbangan warga kerja HEP dalam program ini dan dedikasi dalam setiap urusan kerja. 

Dalam majlis ini juga, semua Ketua Pejabat di HEP, Pengetua dan Pengurus Kolej Kediaman menerima Jalur Gemilang daripada TNC (HEP)  sebagai tanda kempen mengibarkan Jalur Gemilang telah bermula dan setiap pejabat akan menghiasi persekitaran dengan semangat patriotisme. Sebelum itu, semua bendera tersebut telah diarak ke sekitar Kompleks Perdanasiswa oleh pasukan Konvoi bermotor HEP. Selain kempen mengibarkan Jalur Gemilang di pejabat HEP dan Kolej Kediaman, HEP turut mengadakan Pertandingan Pantun Patriotisme Antara Staf HEP, Pertandingan Penulisan Esei ‘ Negaraku’ (terbuka kepada pelajar UM), Pertandingan Drama Pendek Antara Kolej Kediaman, Sudut Merdeka dan video Merdeka. Majlis diakhiri dengan gimik pemasangan bendera di kenderaan rasmi HEP serta nyanyian lagu Jalur Gemilang secara beramai-ramai.  

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...